Posts

Showing posts from 2012

Ujian itu strawberry.

Allahu Akbar...Allahu Akbar.... Sayup-sayup kedengaran laungan azan di surau Taman Indah. Penghuni rumah di taman itu ada yang masih lena diulit mimpi. Ada yang bersiap-siap untuk ke surau. Di sebuah rumah yang tersergam indah, penghuninya masih lagi tidur. Zahidah sudah terjaga. Dia menggosok-gosok matanya lantas melihat jam yang menunjukkan pukul 5.45 pagi. Setelah menadah tangan membaca doa bangun tidur, dia mencapai tuala dan terus ke bilik mandi. Suasana sejuk menyelubungi ruang bilik itu. Kokokan ayam yang bersahutan mengejutkan beberapa penghuni yang lain. Ada yang sudah bangun tetapi, melihatkan jam yang padanya masih awal, menyambung tidur semula. Zahidah sudah bersiap-siap untuk menunaikan solat subuh. Terlintas di ingatannya untuk mengejutkan ahli kelarganya yang lain. "Mak dan abah. Dah solat ke belum diorang ek?" Detik hati kecil Zahidah. Lantas dia pun mendaki anak tangga menuju ke bilik emak dan abahnya. Zahidah mengetuk pintu bilik mereka. Tid

Palestin berdarah lagi

Image
Dengan Nama Allah... Yang Maha Esa, Yang memiliki langit dan bumi, Penguasa timur dan barat,  Yang Maha Mengasihi dan Maha Menyayangi, Yang memberikan nikmat kepada sekalian makhluk, Tiada satu pun yang terlepas dari kasih sayang-Mu,  Yang Maha Menyaksikan, Menyaksikan bagaimana saudara kami di seluruh muka bumi ini, Keadaan mereka di serata tempat, kezaliman, penindasan bermaharaja lela, Sesungguhnya janji-Mu benar, Hancurkanlah musuh-musuh agama yang suci ini, Jangan biarkan mereka melakukan kerosakan, Hanya kepada-Mu kami memohon,  Hanya kepada-Mu kami meminta pertolongan, Hanya kepada-Mu kami meminta perlindungan, Bantulah Islam dan muslimin, Bantulah muslimin di setiap tempat, Bantulah muslimin di Palestin, Bantulah muslimin di Palestin, Bantulah muslimin di Palestin, Hancurkan kuffar, Yahudi, Nasara, dan musyrikin, Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah, Hancurkan mereka, Bantulah kami ke atasnya.

Semuanya Allah punya.

Bismillah, Alhamdulillah Allah izin lagi jari jemari menaip bait-bait kata, mengilhamkan idea-idea.  Semuanya Allah punya. Lagu Iwan gitu. Yelah, tiada apa yang kita miliki di dunia ni. Kita pinjam je. Nak tengok pun  Allah bagi pinjam mata bagi tengok alam yang indah ni. Kalau Allah tak izin, dapat ke kita tengok mak, ayah, adik-beradik, dan sahabat-sahabat kita? Dapat ke kita tengok warna-warni alam ini? Subhanallah. Allah Ya Rahman. Allah bagi semua nikmat ni pada semua orang. Samada Islam atau yang bukan Islam. Tak ada kurangnya nikmat Allah. Kasih sayang Allah tiada tolok bandingnya. Nak kira nikmat Allah bagi pada kita, tak terkira dik ooii!! Banyak sungguh yang Allah kurniakan pada kita. Kita ni je, macam mana nak guna nikmat yang Allah bagi tu. Sebagai hamba, solat tu tanda kita bersyukur pada Allah. Allah dah jadikan tubuh badan untuk kita dirikan solat. Tak boleh berdiri, duduk. Tak boleh duduk, baring. Gerak-gerakkan sikit badan. Tak boleh gerak-gerak badan, gerak mat

Apa yang penting... kerjasama!

Image
Bismillah... Bulan Ramadhan yang mulia bakal meninggalkan kita beberapa hari lagi. Adik-beradik, saudara-mara semuanya akan pulang ke kampung masing-masing.  Adik-adikku semuanya sudah berada di rumah. Opss..ada lagi sorang tak balik lagi. Ya...bakal bergegarlah rumah ni. Hari ni satu gotong-royong telah dijalankan dan di arahkan oleh kak long mereka sendiri. Huh, kak long yang menggunakan kuasa veto sepenuhnya. Hemm...bila lagi nak guna. Ni la masanya. Haha.  Pembahagian tugas diberikan secara adil dan saksama. Mengikut kudrat dan saiz tubuh masing-masing. Ada yang sapu sampah, jemur kain, cuci longkang, cuci almari, buat kuih raya (ni kira gotong royong ke?) dan sapu sampah. Mak dan ayah menyerahkan sepenuh kuasa kepada kak long sambil meninggalkan pesanan berupa tugasan-tugasan seperti di atas. Bagi la chance mak dan ayah nak gi dating . Hehe. Di bulan Ramadhan yang berbaki kurang tiga hari ni, sama-samalah kita memperhebatkan lagi amal ibadah untuk mengejar lailatul

Ramadhan datang lagi.

Selamat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan yang mulia ini. Di samping mempertingkatkan amal ibadah yang lain. Beramallah seperti ini adalah Ramadhan yang terakhir buat kita. Sama-sama kita istiqomah dengan amalan yang kita lakukan setelah habisnya bulan yang mulia ini. Hayati juga kisah-kisah perjuangan Nabi Muhammad S.A.W. dan sahabat-sahabat ketika berada di bulan Ramadhan. Semoga ianya membangkitkan semangat kita untuk menjadi hamba Allah yang muttaqin. InsyaAllah.  Ya Allah, di bulan yang mulia ini, hamba yang lemah ini ingin memohon keampunan kepada-Mu. Banyak dosa yang telah hamba lakukan. Ampunilah dosa-dosaku yang aku sedari atau tidak, yang sengaja atau tidak sengaja. Ampunilah dosa-dosa kedua-dua ibu dan bapaku, guru-guruku, adik-adikku, sahabat-sahabatku dan umat Islam seluruhnya. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun. Semoga Ramadhan pada tahun ini menjadikan kami hamba-hambaMu lebih tunduk kepada-Mu, lebih menghayati ayat-ayatMu. Kuatkanlah kami untuk beribadat kep

Izinkan aku

Subhanallah. Percaturan Allah sangat hebat.  Izinkan aku mengucapkan rasa syukur sebanyak-banyaknya kepada Allah kerana masih lagi mengizinkan aku bernafas dan menjalani kehidupan ini. Ya Allah, izinkan aku untuk menyatakan rasa syukur kepada kerana mengurniakan sahabat-sahabat yang sama-sama dalm susah senang. Perjalanan pulang Menanti tibanya saat pulang ke kampung. Sudah hampir tiga bulan meninggalkan keluarga tersayang kerana menuntut ilmu. Semalam (12 Julai 2012), tiket bas jam 9.00 malam. Siap dibulatkan dengan pen merah lagi. Tanda perlu berada di tempat menunggu bas tepat pada masanya. Puas ku teliti, lalu aku masukkan ke dalam beg tanganku. Dengan semangat penuh membara, tetapi dalam hati ni berdegup kencang. Alamak, jam dah 9 lebih ni. Setibanya di tempat menunggu bas, kelihatan sebuah bas berhenti untuk mengambil penumpang. Betul ke bas tu? Hati ku bertanya. Tak kot. Biasanya bas tu datang lambat. Aku cuba menenangkan diri sendiri. Ditemani sahabat-sahabat sepe

Love Words.

Image
Kalimah cinta yang menenangkan. Subhanallah Alhamdulillah Laailaahailallah. Astaghfirullahalazim Lahaulawalaquwwataillabillah Innalillahi wa inailaihi rajiun Allahu Akbar. These are sweet.^^

Aku tak bersedia lagi la...

Image
بسم الله الرحمن الرحيم Alhamdulillah, Allah bagi lagi nikmat pada hamba yang lemah ni. Bersyukur sebanyak-banyaknya kerana nikmat yang paling besar adalah nikmat Islam dan Iman. "Tidak sempurna iman seseorang itu sehingga dia mencintai saudaranya seperti mana dia mencintai dirinya sendiri." (Riwayat Bukhari dan Muslim) Hadis di atas sekadar ingatan untuk sahabat-sahabat yang disayangi lillahi ta'ala. Hidup sebagai hamba Allah tidak cukup sekadar solat, puasa, haji, zakat dan sebagainya. Hidup ini kena lengkap juga sebagai seorang khalifah yang mentadbir muka bumi ini dengan adil. Seseorang hamba Allah itu juga adalah pemimpin kepada dirinya sendiri. "Tegakkanlah Islam dalam dirimu, nesacya Islam akan tertegak di negara kamu". "Aku masih tak sedia lagi", "Banyak la assignment nak buat", "Tak boleh, aku nak study. Mak ayah aku hantar aku belajar suruh study, bukan main-main".  Mungkin ayat-ayat ni biasa did

Allah ciptakan perempuan dan lelaki.

Dengan nama Allah, Alhamdulillah denagan nikmat Allah. Terpanggil untuk mengomen tentang satu isu hangat ini. Irshad Manji dan buku-bukunya. Apa yang menarik sangat ni? Nama baru ke lama, saya tak tahu. Beliau penulis buku Allah, Kebebasan dan Cinta. Satu kenyataan beliau tentang gay dan lesbian juga ciptaan Allah. Fuh, panas! Setahu saya Allah ciptakan nisaa' dan rijal. Tetapi,.... Gay dan lesbian apa ye? Wallahua'lam.  Setahu saya lagi Allah ciptakan manusia ni mempunyai fitrah rijal (lelaki) menyukai nisa'(perempuan). Itu adalah fitrah. Lumrah. Tetapi...gay dan lesbian adakah fitrah? Adakah lumrah? Imbas balik sejarah Nabi Luth. Bagaimana kaumnya diterbalikkan. Kerana apa? Kerana mereka melakukan hubungan songsang. Kerana mereka melawan fitrah kejadian mereka. Yang lelaki sukakan lelaki. Nabi Luth menyeru mereka supaya meninggalkan perkara terkutuk itu. Mereka pekakkan telinga. Lantas apa yang Allah bagi? Nah terbalikkan mereka. Tak tahu lah kan nak

BERSIH 3.0

Image
Dengan Nama Allah Yag Maha Pemurah... Alhamdulillah, Allah benarkan aku untuk meneruskan tugasan aku. Baru tahu rasa banyak assignment nak kena siapkan, quiz bertimpa, test berderet. Allah...Allah...Allah... Baru sikit Allah bagi ujian. Dah mengeluh. Haish... Orang yang banyak mengeluh ni tak de rezeki. Bersyukur dengan apa yang ada. Carilah hikmah disebalik kerja-kerja yang berlambak tu. Nah buah tangan dari KL. Dapat juga kongsi pengalaman bersama-sama rakyat Malaysia menuju ke Dataran Merdeka. hari sabtu orang cuti, Tapi ada orang menjual. Ya, keuntungan datang  berganda! Melayu, Cina, India- Sama-sama turun padang. Subhanallah. Ramainya. Tak lupa juga anak muda ni. Sebelum menuju ke destinasi, saya dan sahabat-sahabat memasuki sebuah restoran bersebelahan dengan bangunan SOGO. Di awal pagi dalam jam 8, keadaan masih lagi tenang. Walaupun polis sudah kelihatan. Jam 9 ke 10 pagi trak polis melintasi kawasan SOGO. Ada dalam 2 ke 3 trak. Siap sedia untuk men

UTMost Imagination ***

Image
Assalamualaikum, Alhamdulillah atas segala nikmat yang Allah kurniakan. Hari ini hari ketiga (31 Mac 2012) karnival kreatif dan inovasi, UTMost Imagination. Hari ini saya bertugas pada waktu pagi. Subhanallah, hujan turun tidak henti-henti. Terketar-ketar bawa motor. Alhamdulillah, selamat sampai di padang kawad. Tapak karnival dibasahi hujan. Saya dan sahabat saya menuju ke khemah utama untuk memulakan tugas. Wah, sejuk. Sebelum tu, ronda-ronda dulu booth yang ada. Chemical Garden dari Jabatan Kimia, Fakulti Sains. Pertandingan Mewarna Hasil Karya Cantik adik ni lukis. Lampu LED Pelajar sekolah sedang menguji minda. Hujan, tapi masih ramai yang turun padang. Lihat imej 3D Pusing-pusing. Pening eh tengok.  Sebelum balik, makan aiskrim. Walaupun  batuk, ini adalah salah satu ubat.hehe... Alhamdulillah, penat tapi aiskrim punya pasal hilang rasa penat. =) Cukup dulu coretan pada hari ini. Will be continued tomorrow (1 April 201

UTMost Imagination **

Image
Assalamualaikum, Alhamdulillah atas segala nikmat yang Allah kurniakan. Hari ini hari kedua (30 Mac 2012) berlangsungnya karnival keratif dan inovasi, UTMost Imagination. Pelbagai aktiviti menarik yang sempat dirakamkan sepanjang hari saya menjadi pemberi sticker UTMost ni. Fuhh,,, menarik, menarik. Pada sesi pagi, terdapat krew TV3 yang membuat liputan melalui rancangan Malaysia Hari Ini (MHI). Tak tahu macam mana keadaannya. Hanya mendengar khabar berita sahaja bahawa TV3 akan buat liputan. OK, tak pe. Tiada liputan daripada saya untuk itu. Jadi terus ke sesi petang. ~~,. Sebelum memulakan tugas. Ambil gambar dulu. Antara gerai yang ada. Seperti biasa, memberi sticker sambil memerhati pelbagai ragam manusia amat menyeronokkan.^^,  Tiba-tiba ada maskot Boboi Boy pulak menunjukkan muka di padang kawad ni. Tak semena-mena sekeping dua gambarnya diambil olehku. Rezeki kami murah hari ini. Dapat aiskrim percuma daripada kakakku Edelin. Alhamdulillah. Nampak tak

UTMost Imagination *

Image
Assalamualaikum... Alhamdulillah atas segala nikmat. Subhanallah, penatnya hari ni. Saya dan sahabat-sahabat ditugaskan untuk menjaga pintu masuk di padang kawad sempena UTMost Imagination, festival inovasi dan kreativiti. Satu pengalaman baru dan menyeronokkan setakat ini. Hari ini 29 Mac 2012, merupakan hari pertama festival ini berlangsung. Sepanjang program ini, pelbagai acara menarik dijalankan. Hari ini sahaja ada beberapa pertandingan yang melibatkan fakulti di UTM ini. Sekadar menjaga pintu masuk utama, tengok dari jauh je la. Macam-macam rekacipta yang dipersembahkan. Kreatif, kreatif. =) Disamping itu, terdapat juga booth yang menjual makanan. Sesiapa yang kelaparan, kebuluran dan kedahagaan, bolehlah singgah jamu selera. Kafe Mak Jah pun ada. Don't worry be happy. Tak lupa juga tempat solat. Surau yang paling hampir terletak di Rumah Alumni. Nak jauh sikit Surau KTC S01. Nak lagi jauh Masjid Sultan Ismail la. =] Pengunjung yang datang mempunyai pelbagai

Sedar diri!

Image
بسم الله الرحمن الرحيم Alhamdulillah atas segala nikmat yang Allah berikan. Dengan kasih sayang-Nya dapatlah hamba-hamba-Nya merasai nikmat yang pelbagai. Sedarkah kita, selama kita hidup di atas muka bumi ini, kita hanya berpijak di alam fantasi. Hanya FANTASI!! Kenapa? Di mana letaknya Al-Quran dan As-Sunnah dalam hidup kita? Di mana letaknya akhlak mulia daripada Rasulullah S.A.W? Jadi selama ini, apa yang kita lakukan? Apa yang kita ikuti? Akhlak siapa yang kita contohi? Apa tujuan kita diciptakan sebenarnya? Semuanya Allah dah beritahu dalam Al-Quran. Allah dah tegaskan saat malaikat meragui kenapa Allah nak cipta manusia yang bakal membuat kerosakan. Allah lebih mengetahui. Sejak penciptaan Nabi Adam manusia sudah membuat kerosakan. Melalui nabi-nabi yang lain, manusia sentiasa menzalimi dirinya sendiri. Allah mengutuskan nabi-nabi untuk menyeru ummatnya supaya kembali mengabdikan diri kepada Allah. Sehingga Nabi Muhammad diutuskan kepada ummatnya, manusia masih lagi

Pilih

Image
Bila diri diuji untuk memilih. Sesungguhnya memilih itu sangat sukar bagi diriku. Manakan tidak, barang yang kita tidak tahu masa hadapannya bagaimana. Baik atau buruk kesudahannya. Tetapi, alasan tidak tahu masa hadapan itu bukanlah satu penyelesaian untuk tidak memilih. Perlu adanya istikharah. Mengadu pada Yang Maha Kuasa. Allah yang menurunkan ujian ini. Dia sahaja yang tahu bagaimana hamba-Nya mencari solusi. Ujian itu tidak akan diturunkan di luar kemampuan seseorang. Pasti ada jalan untuk menyelesaikan. Sudah banyak kali rasanya dicoretkan dalam ruangan ini. Perbincangan dengan orang yang dapat memahami situasi kita merupakan salah satu bentuk istikharah. Buatlah perbincangan dengan orang yang kita percayai. Mintalah pendapat daripada orang yang kita percayai itu. Boleh jadi itu adalah salah satu cara Allah ingin menunjukkan kepada kita jalan penyelesaian. Usaha perlu ada.  "Kupu-kupu tidak pernah tahu warna sayapnya tetapi orang tahu betapa indahnya ia. Ia j

Menikmati nikmat Allah.

بسم الله الرحمن الرحيم Alhamdulillah atas segala nikmat. Allah sahajalah yang berkuasa atas segala sesuatu. Atas rahmat-Nya membenarkan hamba yang lemah ini mencoret berpatah-patah kata. Selawat dan salam ke atas Rasul junjungan Nabi Muhammad S.A.W. dan ahli keluarga serta sahabat-sahabat baginda. Syukur ada mata. Syukur ada telinga. Syukur ada kaki. Syukur ada tangan. Syukur ada hidung. Syukur ada mulut. Syukur ada otak. Syukur ada anggota badan yang sempurna. Alhamdulillah atas segala nikmat ini. Bagaimana kita menghargai kurniaan ni? Berapakah harga yang Allah letakkan untuk kita mensyukuri nikmat ini? Ada  bil? Subhanallah. Allah Maha Pemurah. Lalu, kita sebagai hamba yang lemah ini, sepatutnya, sewajarnya, dan sewajibnya mensyukuri nikmat Allah. Bagaimana? Apalah gunanya mata jika melihat perkara-perkara maksiat? Bukankah sudah diarahkan untuk tunduk? Jagalah pandangan wahai muslimin dan muslimat. Namun, jika terlihat maksiat, tidak wajar pula jika ia dibiarkan. Di ma

Seronoknya ada pengalaman

Image
Dengan Nama Allah... Alhamdulillah, dapat lagi merasai nikmat Allah yang Maha banyak ni. Tak terhitung. Cuti semester yang ...yang ape ye....hemm...macam biasa la..duduk rumah je. Time aku cuti, adik-adik aku pergi sekolah. Time adik-adik aku cuti sekolah, aku ada kat U pulak. Bila la nak cuti panjang sama-sama... Nasib baik la ada buku-buku yang nak ngadap. Kawan dengan buku la nampaknya. Buku 4 Pemimpin Ajaib tulisan Umar Hafiz menjadi teman sebelum tidur. Ayat-ayatnya yang mudah difahami menambahkan lagi keseronokan membacanya.=) Kisah 4 pemimpin yang sangat hebat ini, Saidina Abu Bakar As-Siddiq R.A., Saidina 'Umar Al-Khattab R.A., Saidina 'Usman bin Affan R.A., dan Saidina 'Ali Bin Abu Talib Karamallahuwajhah boleh dijadikan panduan, iktibar dan sifat-sifat peribadi mereka boleh juga dicontohi. Saidina Abu Bakar As-Siddiq merupakan sahabat Rasulullah S.A.W. yang sangat karib, rapat dan setia. Beliau merupaka sahabat nabi yang terawal memeluk Islam.

سبحان الله

Image
[Hujan turun lebat] Kakak, kenapa hujan?  [Sambil mendongak ke langit] Allah yang jadikan.  [Ringkasnya jawapan kakak] Tapi, macam mana?  [Adik tak puas hati] Air laut yang diangkut oleh angin ke ruang udara. Kemudian terbentuk awan. Bila air hujan menjadi sangat berat ia jatuh ke bumi. Dan sekarang adik dapat lihat kan, air hujan. Hebatnya.  [Adik kagum] Subhanallah. Hebatkan Allah? Dah lama Allah beritahu perkara ni dalam al-Quran. [Adik tersenyum.Kemudian...] Kakak, adik lapar.  [Sambil memegang perut] Adik, kakak akan cari makanan nanti ye. Sabar dulu. Hujan lagi ni.  [Kakak mengusap kepala adik. Hatinya sayu apabila adik meminta makanan. Ya Allah permudahkan kakak dan adik] Emm...baiklah kakak. [Adik tunduk] Adik, hujan ni satu rahmat Allah. [Kakak cuba menggembirakan adik] Allah turunkan hujan untuk hamba-Nya beroleh rezeki. Tanam-tanaman hidup subur. Kadang-kadang menjadi ujian. Hujan yang sangat lebat dan boleh jadi banjir. Itu dinamakan musibah. Ka

Apa yang mereka mahu?

Tirai 2011 dilabuhkan dengan isu mahasiswa. Tahun 2012 membuka tirai dengan isu mahasiswa. Lagi dan lagi mahasiswa. Perjuangan mahasiswa menuntut keadilan. Salahkah itu? Mahasiswa inginkan kebebasan bersuara. Mereka inginkan pandangan mereka dipertimbangkan. Bukannya ditindas tanpa ada budi bicara yang langsung menyekat hak mereka.  Terbaru di UPSI. Mahasiswa mengadakan perhimpunan aman di perkarangan UPSI bagi menyatakan hasrat kebebasan bersuara, mansuhkan AUKU, dan bebaskan Adam Adli. Apa yang tak kena dengan perhimpunan aman ni? Peserta ni bawa senjata ke? Bawa Water canon nak simbah orang menghalang mereka? Apa yang mereka ada? Polis pula. Kenapa takut sangat dengan pergerakan mahasiswa yang mengadakan perhimpunan ni? Mereka (polis) ada FRU, kasut but yang keras, senapang, pistol dan semua tu tak sesuai langsung nak dijadikan alat untuk mempertahankan diri dalam situasi ini. Bagi diri yang kerdil ini, walaupun peserta perhimpunan aman itu tidak mempunyai apa-apa senja