Posts

Showing posts from November, 2010

Setelah 4 bulan.

Image
Dengan Nama Allah... Alhamdulillah... Segala puji bagi-Nya yang masih lagi membenarkan aku bernafas & menikmati alam ciptaannya. Subhanallah , hidup di Bumi Allah ini berbagai-bagai cabarannya. Cabaran itu aku lalui dengan pelbagai penyelesaian dengan menggunakan akal fikiran yang waras. Allahu Akbar , hanya Allah yang tahu kecil, besar dan hebat tak hebatnya dugaan itu. Sesekali aku berfikir sendirian, mampukah aku mengahrungi dugaan yang lebih besar lagi. Namun aku percaya dengan takdir Allah. Dia tidak akan membebani hamba-Nya diluar kemampuan hamba-Nya. Subhanallah. Allah Maha Mengetahui di mana kelemahan dan kekuatan hamba-Nya. Masakan tidak, Dialah yang menciptakan segala makhluk di alam ini. Serba sedikit aku nak berkongsi pengalaman yang telah aku timba dari Universiti Teknologi Malaysia yang tercinta ini. Mengapa aku berkata demikian? Suka aku menamakan universiti ini sebagai Universiti Tarbiah Manusia. Manis bukan? Pelbagai pengalaman yang aku alami, harungi dan temp

Tegakkan Kebenaran!!!

بسم الله الرّحمن الرّحيم Alhamdulillah.... Allah masih memberi ruang dan peluang untuk aku berkongsi ilmu yang ada kepada semua orang yang membaca blog ni... Cuba perhatikan sahabat-sahabat kita... Paling-paling kurang pun diri kita sendiri la... Apakah yang telah kita lakukan untuk Islam? Kenapa kita dilahirkan sebagai seorang Islam? Persoalan itu pasti pernah terlintas... Baru sahaja terlintas... Atau buat-buat je la terlintas... Emm... Bagaimana dengan masyarakat di sekeliling kita? Lihat masalah di negara kita sekarang. Pelbagai masalah sosial yang semakin hari semakin meningkat dengan mendadak.  Pemimpin kita. Mengapa berlaku masalah dalam politik setiap masa? Cukupkah Islam yang dibawa olehnya? Tidak hairanlah jika suatu hari nanti negara kita akan ditimpa musibah yang dahsyat. Ke mana hilangnya kebenaran yang kononnya pemimpin kita tahu, tetapi tidak ditegakkan? Mereka sorokkan? Untuk apa? Aduh,,,emonye... Tapi bukan tu ke k

Lampu jalan.

بسم الله الرحمن الرحيم Hari ni aku nak share satu ilmu baru yang baru jer aku tahu. Sedang aku dok perhati ke luar jendela bilik aku yang tenang dan nyaman, ternampak la sebatang tiang yang tegak berdiri di kawasan yang lapang. Rupa-rupanya  lampu jalan . Perhati punye perhati, terlintas kat fikiran aku, macam mana lampu ni menyala? Aku create la persoalan ni kat minda aku. Benda simple je kot. Tapi oleh sebab nak tahu sangat2 ni, aku cari la En. Google yang setia ni. Cari la pasal lampu jalan . Berjumpa pulak dengan En. Wiki . Hehe...Banyak stage nak tahu pasal benda ni.  Taraa..... Akhirnya terjawab la persoalan di minda yang kusut buat kesekian kalinya. (Adoii...bahaye nih, minda kusut!) .  Ceritanye macam ni : Memula kita bagi definisi dulu.  Lampu jalan merupakan lampu yang ditinggikan di tepi jalan raya, yang akan menyala pada waktu-waktu tertentu pada setiap malam. Lampu moden sekarang ini dihidupkan menggunakan suis peka cahaya ataupun suis pemasa. C

Sentiasa muhasabah diri...(-.-)

بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم Alhamdulillah…segala puji-pujian bagi Allah yang masih lagi mengizinkan aku mencoretkan serba sedikit curahan idea dalam mood exam nih. Apa yang aku nak kongsikan ialah berkenaan dengan pengorbanan. Yelah dalam bulan Zulhijjah yang mulia ni, banyak la diceritakan tentang pengorbanan. Sebelum tu, nak ucap selamat pergi dan kembali buat jemaah haji samada dari Malaysia ataupun bukan dari Malaysia. Semoga mendapat haji yang mabrur. Pengorbanan…. Semua orang tentu pernah berkorban.Tak kiralah daripada sekecil-kecil perkara sehinggalah kepada sebesar-besar perkara.  ************************************************** Mak....... Banyak berkorban untuk anakmu ini... anakmu ini susah nak dengar kata-katamu.... tapi... tu dulu mak... sekarang anakmu sudah berubah.... anakmu ini dah boleh berdikari.... anakmu ini dah tahu apa itu pengorbanan... kerana aku punyai adik2 cerminan diriku dahulu....  Ayah... Terlalu b

New experience today....

Image
Dengan nama Allah... Alhamdulillah...Segala puji-pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Aku masih lagi dapat menikmati pemandangan   ciptaan Allah ni. Apa yang aku nak cite hari ni ek... Emmm...hari ni baru je selesai test Introduction To Industrial Chemistry. Test yang paling lambat sekali. Dan yang paling best soalan buat sendiri. Tapi yang tak best berape kerat je yang keluar. Adoy... Redha je la. Bukan nak cite pasal test, tapi ade yg lebih menarik.Hehe... ape ek??? Tadi lepas test aku dgn sahabat aku pergi la makan kat kafe Pak Lah. Alhamdulillah, sedap betul ikan kelinya. Fuh...rase nak tambah...ngee3...Lepas makan tu nak le balik ke kolej...Singgah jap depan koop U tu. Jeling2 skit buku....Dapt beli sebiji.Huhu...Tengah tengok2 buku, ade la Iranian man,kot hehe... bukan Iron man eh...tegur kitorang...dia bagi la salam.Kitorang jawab la. Then, dia speaking BM ngan kitorang. Wah pandai gak. Tergelak-gelak dengar dia cakap. Dia bagi tahu kitorang yang dia tengah belajar bahasa

Indahnya sebuah persahabatn......

Image
Ukhwah Fillah Abadan Abadaa… Ukhwah kerana Allah… Kenapa ukhwah? Di dalam Al-Quran ada menyatakan tentang perkenalan. “ Wahai manusia! Sungguh, Kami telah menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan, kemudian kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sungguh yang paling mulia di antara kamu, di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa. Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Mahateliti.” Subhanallah… Indahnya hidup harmoni. Menjadi impian setiap orang. Semoga kebahagiaan itu kita kecapi bersama-sama. Sahabat, teruskan perjuangan di Bumi Allah ini tidak kira di mana kalian berada. ALLAHU AKBAR!!!