Posts

Showing posts from May, 2014

Kenali diri melalui teguran orang lain.

Image
بسم الله الرحمن الرحيم

Setiap daripada kita pasti tidak dapat lari daripada kesilapan.
Siapalah diri kita jika tidak dinamakan dengan manusia.
An-nisyan yang bisa melakukan kesilapan.
Manusia itu memang mudah lupa.

Allah hadirkan orang-orang disekeliling untuk menegur kita.
Bagi pihak diri kita ini, terimalah teguran itu dengan positif.
Jangan simpan sebarang dendam terhadap orang yang memberi teguran itu.
Maafkan dia jika tersilap.

Binalah diri dengan teguran yang diterima.
Bukan semua orang boleh kenalpasti kesilapan sendiri.
Kadang-kadang perlukan orang lain untuk membantu kenalpasti kelemahan dan kesilapan diri sendiri.
Mintalah bantuan daripada orang-orang yang terdekat dengan diri kita untuk menegur kita.

Terima kasih Allah.

 اللهم صلى على محمد وعلى اله وصحبه وسلم

In the offing

Bismillah...

Jauh perjalanan ini...
kuat
lemah
sabar
marah
sedih
gembira
macam-macam perasaan

Oh Syurga! Segar kuat tabah sabar positif ke arahnya
Oh Neraka!
takut
semoga dijauhi daripada dicampakkan
ke dalamnya

Oh Rasulullah! Kekasih yang dicintai sahabat yang sejati ayahanda yang pengasih nenda yang penyayang khalifah yang perkasa inginku ikut sunnahmu dan para isterimu
Oh Allah!
Maha Pengasih
Maha Penyayang
Maha Pengampun
Maha Penerima taubat
terimalah hamba-Mu ini

Oh emak! penyayang sabar kuat tabah anakmu ini menagih maafmu menagih redhamu menagih rindu dan peluk ciummu
Oh ayah!
sabar
kuat
tabah
anakmu ini menagih redhamu
menagih maafmu
menagih rindu
dan peluk ciummu

Tak mungkin aku lupakan perjalanan hidup ini Alhamdulillah