Pilih

Bila diri diuji untuk memilih. Sesungguhnya memilih itu sangat sukar bagi diriku. Manakan tidak, barang yang kita tidak tahu masa hadapannya bagaimana. Baik atau buruk kesudahannya. Tetapi, alasan tidak tahu masa hadapan itu bukanlah satu penyelesaian untuk tidak memilih. Perlu adanya istikharah. Mengadu pada Yang Maha Kuasa. Allah yang menurunkan ujian ini. Dia sahaja yang tahu bagaimana hamba-Nya mencari solusi. Ujian itu tidak akan diturunkan di luar kemampuan seseorang. Pasti ada jalan untuk menyelesaikan. Sudah banyak kali rasanya dicoretkan dalam ruangan ini.



Perbincangan dengan orang yang dapat memahami situasi kita merupakan salah satu bentuk istikharah. Buatlah perbincangan dengan orang yang kita percayai. Mintalah pendapat daripada orang yang kita percayai itu. Boleh jadi itu adalah salah satu cara Allah ingin menunjukkan kepada kita jalan penyelesaian. Usaha perlu ada. 

"Kupu-kupu tidak pernah tahu warna sayapnya tetapi orang tahu betapa indahnya ia. Ia juga seperti dirimu, kamu tidak tahu betapa indahnya dirimu, tetapi Allah paling tahu betapa istimewanya dirimu disisi-Nya.Ketika engkau taat dan patuh pada suruhannya, ikhlas dengan semua yang engkau alami, tersenyum tika saat sukar, tegar dalam ujian dan tetap teguh dalam iman yang dimiliki. Engkau adalah insan yang terpilih dan terindah dihadapan-Nya. Semoga kita termasuk dalam golongan yang ada dalam gambaran kupu-kupu tersebut."


Memilih untuk TeNaNG~~

Comments

  1. selepas istikharah, yakinlah dgn jawapan istikharah trsebut..smga Allah permudahkan urusan shbtku ini..ameen..^^,

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Doa Masuk dan Keluar Tandas

Lampu jalan.