Posts

Showing posts from May, 2013

Hikmah tidak susah.

Image
Aku mengerah kudrat  melintasi jalan-jalan yang berbukit. Sekeliling padang yang sekian lama ku lihat semakin tinggi pokok-pokoknya membuatkan diri ini rasa kerdil dengan ciptaan Allah S.W.T.  Kaki terus melangkah menuruni bukit yang tidak seberapa tinggi. Mengambil jalan pintas untuk sampai ke destinasi. Suasana sunyi. Mana semua orang? Tidur lagikah?  Kelihatan sebuah motor melintasi jalan. Ada juga orang keluar pagi-pagi ini. Dari surau, mungkin.  Ku gagahkan jua kaki ini berlari-lari anak. Sudah lama rasanya tidak digunakan untuk beriadah.  Alhamdulillah. Cuaca baik pagi ini. "Assalamualaikum." Ku sapa seorang gadis yang berselisih denganku. Mungkin baru sahaja menunaikan tanggungjawabnya kepada tubuh untuk sihat. Kini ku melihat ke kanan, kiri, dan kanan lagi. Melintasi sebuah jalan yang lengang. Ku langkahi dengan perlahan. "Tiada kenderaan yang banyak pagi-pagi ni", aku bermonolog. Aku melihat jam di telefon bimbitku. Ah, hampir 7.45 pagi