Posts

Showing posts from December, 2012

Ujian itu strawberry.

Allahu Akbar...Allahu Akbar....
Sayup-sayup kedengaran laungan azan di surau Taman Indah. Penghuni rumah di taman itu ada yang masih lena diulit mimpi. Ada yang bersiap-siap untuk ke surau. Di sebuah rumah yang tersergam indah, penghuninya masih lagi tidur.
Zahidah sudah terjaga. Dia menggosok-gosok matanya lantas melihat jam yang menunjukkan pukul 5.45 pagi. Setelah menadah tangan membaca doa bangun tidur, dia mencapai tuala dan terus ke bilik mandi. Suasana sejuk menyelubungi ruang bilik itu. Kokokan ayam yang bersahutan mengejutkan beberapa penghuni yang lain. Ada yang sudah bangun tetapi, melihatkan jam yang padanya masih awal, menyambung tidur semula.
Zahidah sudah bersiap-siap untuk menunaikan solat subuh. Terlintas di ingatannya untuk mengejutkan ahli kelarganya yang lain. "Mak dan abah. Dah solat ke belum diorang ek?" Detik hati kecil Zahidah.
Lantas dia pun mendaki anak tangga menuju ke bilik emak dan abahnya. Zahidah mengetuk pintu bilik mereka. Tidak bersahut. Dia men…