Ujian itu strawberry.

Allahu Akbar...Allahu Akbar....

Sayup-sayup kedengaran laungan azan di surau Taman Indah. Penghuni rumah di taman itu ada yang masih lena diulit mimpi. Ada yang bersiap-siap untuk ke surau. Di sebuah rumah yang tersergam indah, penghuninya masih lagi tidur.

Zahidah sudah terjaga. Dia menggosok-gosok matanya lantas melihat jam yang menunjukkan pukul 5.45 pagi. Setelah menadah tangan membaca doa bangun tidur, dia mencapai tuala dan terus ke bilik mandi. Suasana sejuk menyelubungi ruang bilik itu. Kokokan ayam yang bersahutan mengejutkan beberapa penghuni yang lain. Ada yang sudah bangun tetapi, melihatkan jam yang padanya masih awal, menyambung tidur semula.

Zahidah sudah bersiap-siap untuk menunaikan solat subuh. Terlintas di ingatannya untuk mengejutkan ahli kelarganya yang lain. "Mak dan abah. Dah solat ke belum diorang ek?" Detik hati kecil Zahidah.

Lantas dia pun mendaki anak tangga menuju ke bilik emak dan abahnya. Zahidah mengetuk pintu bilik mereka. Tidak bersahut. Dia mengetuknya buat kali kedua. Kali ini kuat sedikit. Terdengar derapan tapak kaki menuju ke pintu. Emaknya memulas tombol lalu membuka pintu.

"Nak apa kamu pagi-pagi ni?" Soal emaknya.
"Mak dah solat?" Soalan emaknya tidak dijawab, malah dia yang mengajukan soalan.

"Kamu tak payah la sibuk urusan aku. Kamu tu dah solat ke belum?" Tiada jawapan yang diterima oleh sesiapa. Masing-masing mengajukan soalan.
"Mak, jomlah solat berjemaah. Dah lama kita tak solat sama-sama. Nanti kejutkan abah ye." Zahidah menunjukkan muka yang sedikit ceria untuk memujuk emaknya.

"Abah kamu tu letih. Solat dalam bilik ni pun jadi la. Sudahlah, pergi solat. Kejut abang kamu ke, kakak ke. Mak nak mandi."

Zahidah akur. Ingin memujuk, tetapi emaknya terus menutup pintu bilik itu.

Jam sudah menunjukkan pukul 6.00 pagi.
Dia segera ke ruang solat di bilik bacaan. Dihamparnya sejadah yang baru dibeli semalam. Terasa teruja untuk meningkatkan ibadah dengan kelengkapan yang baru.

Alhamdulillah. Dia memanjatkan kesyukuran dengan nikmat itu. Namun, hatinya tetap gelisah dengan keadaan ahli keluarganya. Persoalan itu disimpan. Zahidah lantas menunaikan rukun Islam yang kedua itu.

Di akhir solatnya itu, dia memanjatkan doa. Semoga terbuka pintu hati emak dan abahnya untuk menghidupkan suasana yang soleh, aman, tenang dan tenteram di rumahnya. Setiap kali pulang dari sekolah dia sering mengimpikan sebuah suasana yang ceria. Emaknya menyambutnya pulang dari rumah. Menyediakan makanan, berbual mesra dengan emaknya. 

Detik ini, suasana itu hanya khayalan. Hanya mimpi. Sekadar angan-angan yang apabila orang mengetahui situasi itu mereka akan mengatakan, tidak mungkin berlaku. Tidak bagi Zahidah. Dia yakin bahawa suatu hari nanti keluarganya akan menjadi sebuah keluarga yang ceria, suasana yang soleh. Kini dia hanya mampu berdoa kepada Yang memiliki hati setiap manusia. Zahidah tahu Allah itu Maha Mengetahui kehendak hamba-Nya. Setiap perkara kebaikan yang dipinta pasti akan ditunaikan. Allah adalah dari setiap sangkaan hamba-Nya.

"Idah, aku tengok kau ni seronok je. Pe hal?" Di satu sudut di taman sains sekolah, Amni, sahabat baik Zahidah hairan melihat wajah Zahidah yang sering kali tersenyum sendirian.
"Tak boleh ke aku senyum? Kan senyum tu sedekah. :D
"Amni, nak tahu satu cerita tak?" Zahidah pula bertanya.
"Nak. Apa dia?" Amni mula merapati Zahidah tanda ingin tahu.
"Aku kan sebenarnya, nak sangat solat jemaah dengan mak dan abah aku. Tiba-tiba rasa rindu walaupun tak pernah buat macam tu. Aku jeles tengok kau tau. Bila aku pergi rumah kau,, emak kau sambut dengan baik. Amni, doakan keluarga aku sama macam keluarga kau ye. Aku nak juga masuk syurga dengan keluarga aku. Aku sayang keluarga aku. Amni, aku sayang kau juga." Zahidah senyum. Amni mengesat air matanya.

"Eh, nangis pulak dia. Amni, Amni." Zahidah memeluk erat sahabatnya.
"Idah, aku bangga dengan kau. Walaupun macam-macam emak dan abah kau buat pada kau, kau tetap kuat, kau tetap tak kecewa. Kebergantungan pada Allah tu sangat tinggi."Amni meluahkan kata-katanya.

"Allah yang bagi semangat ni. Allah yang kuatkan aku, dan Allah juga yang kuatkan kau. Allah ni baik kan Amni? Dia sayang aku, walaupun emak dan abah aku bukanlah macam emak dan abah kau. Selalu solat sama-sama, makan sama-sama, baik pada anaknya. Aku yakin suatu hari nanti Allah pasti bagi yang terbaik pada aku. Tak baikkan jadi orang yang banyak merungut. Allah tak suka. Betul tak Amni? Aku doakan kita sama-sama dapat rasa kebahagiaan. Tak kisahlah dalam bentuk apa sekalipun.
"Idah, nak pinjam semangat kau, boleh?" Amni menghulurkan tangannya.
"Haa...? Em, mintalah kat Allah. Hehe."Zahidah meletakkan tangannya ke atas tangan Amni. Mereka beredar ke kelas.

Ujian pasti melanda setiap orang. Bagaimana kita melihat ujian itu? Adakah positif atau negatif? Jika kita fikirkan yang kita tidak mampu menghadapi ujian itu, ya kita tak mampu. Sebaliknya, jika kita yakin dan pasti kita katakan pada diri kita bahawa ujian itu adalah cara kita untuk mendekatkan  diri pada Allah dan kita berfikiran positif terhadapnya, maka kita akan memperolehi hasilnya yang BEST! :D
tajuknye cam tak de kaitan, tapi silalah kaitkan. thehehe...

[2:286]

Popular posts from this blog

Lampu jalan.

Doa Masuk dan Keluar Tandas