Posts

Showing posts with the label I think U think

Apabila hidayah menerpa

Image
بسم الله الرحمن الرحيم Alhamdulillah atas nikmat yang Allah berikan kepada setiap makhluk-Nya. Beberapa hari yang lepas aku dan sahabat-sahabat berpeluang mengembara ke bumi Sonata. Satu tempat di mana penduduknya tinggi dengan teknologi. Namun, apa yang menyedihkan amat sedikit sekali yang kenal kepada penguasa teknologi yang Maha Agung. Sepanjang pengembaraan, kami dihidangkan dengan pemandangan kota metropolitan, Seoul di Korea Selatan. Serba sedikit coretan yang mampu diungkapkan apabila menjejaki bumi Korea. Kehidupan warga Korea yang senantiasa sibuk sepanjang masa, menimbulkan tanda tanya dibenak fikiranku. Apakah yang mereka cari? Setiap masa mereka sibuk dengan gadjet mereka. Setiap kali memasuki keretapi bawah tanah di negara itu, pastinya mereka dengan gadjet mereka sendiri. Mereka hanya senyap dan membuat hal masing-masing. Mungkin bagus dan tidak mengganggu orang lain. Mungkin juga itu budaya yang dididik kepada mereka sejak kecil. Siapa tahu. Walaubag...

Hikmah tidak susah.

Image
Aku mengerah kudrat  melintasi jalan-jalan yang berbukit. Sekeliling padang yang sekian lama ku lihat semakin tinggi pokok-pokoknya membuatkan diri ini rasa kerdil dengan ciptaan Allah S.W.T.  Kaki terus melangkah menuruni bukit yang tidak seberapa tinggi. Mengambil jalan pintas untuk sampai ke destinasi. Suasana sunyi. Mana semua orang? Tidur lagikah?  Kelihatan sebuah motor melintasi jalan. Ada juga orang keluar pagi-pagi ini. Dari surau, mungkin.  Ku gagahkan jua kaki ini berlari-lari anak. Sudah lama rasanya tidak digunakan untuk beriadah.  Alhamdulillah. Cuaca baik pagi ini. "Assalamualaikum." Ku sapa seorang gadis yang berselisih denganku. Mungkin baru sahaja menunaikan tanggungjawabnya kepada tubuh untuk sihat. Kini ku melihat ke kanan, kiri, dan kanan lagi. Melintasi sebuah jalan yang lengang. Ku langkahi dengan perlahan. "Tiada kenderaan yang banyak pagi-pagi ni", aku bermonolog. Aku melihat jam di telefon bimbitku. Ah, hampir 7.45 ...

Di mana aku di saat ummat tenat?

Image
Sakit betul ujian. Ye.. sabarlah Sakinah, ujian itu untuk Allah tengok sejauh mana kesabaran kamu untuk tempuhi ujian tu. Anda yang minta sendiri kan? (Emm..Angguk kepala) Alhamdulillah, setelah keluar daripada keperitan rohani yang sakit, aku seperti pulih kembali daripada sakit yang tenat. Allah, sakit sangat. Sakit ni lebih sakit daripada demam sekarang ni. Hanya Allah je tahu. Keperluan untuk muhasabah diri setiap malam. Itu satu amalan yang seharusnya dilakukan bagi menilai diri  apa yang telah kita lakukan seharian. Memang tak terhitung dosa-dosa yang terkumpul. Bertaubatlah segera. Hidayah Allah untuk hamba-Nya memang tak terjangka. Sayang-Nya pada hamba ini memberikan lagi ruang untuk bertaubat. Ayuh, kembali semula kepada mood  perjuangan! Inilah hidupku. Aku ingin berjuang sehingga ke titisan darah terakhir. Aku ingin merasakan pahitnya perjuangan kerana dicaci maki. Aku ingin merasakan manisnya perjuangan di saat melihat kemenangan pejuang Islam. Aku ...

Masalah...

Malaysia hari ini... masalah sosial... masalah bunuh ahli keluarga... masalah politik... masalah aqidah... masalah... masalah... masalah... Perkara yang haq dan yang batil tak pandai nak bezakan hal-hal agama dipermainkan menyalahgunakan hukum-hukum menyalahgunakan dalil-dalil para ulama' dilemparkan kata-kata yang tidak sewajarnya anak muda... karaoke... kelab malam... racing... rempit... drift... ah...macam-macam lagi la... Wahai manusia... kembalilah kepada al-Quran... kembalilah kepada sunnah Rasulullah S.A.W. Wahai... daie... banyak lagi kerja yang perlu dilakukan... banyak lagi perkara yang perlu dibetulkan... kembalikan orang disekeliling kita kepada jalan yang benar... Wahai manusia, sembahlah Tuhanmu yang telah menciptakanmu dan orang-orang yang sebelummu, agar kamu bertaqwa (Al-Baqarah ayat 21)

Meniup wisel

Dengan nama Allah, Meniup wisel ataupun whistle blowing merupakan pendedahan tentang salah laku dan perbuatan tidak beretika dalam sesebuah organisasi oleh pekerja atau bekas organisasi tersebut. Situasi ini kita dapat lihat di negara kita sendiri. Perasan tak? Jika anda seorang yang sensitif. Ini adalah prosedur di mana jika kita ingin mendedahkan sesuatu kesalahan perlu ada cara yang betul. Terdapat beberapa ciri-ciri utama dalam perbuatan meniup wisel ini. Di antaranya ialah tindakan mendedahkan. Tindakan ini menekankan tentang bagaimana cara seseorang atau sesuatu kelompok mendedahkan permasalahan yang dihadapi.  Seterusnya bahan maklumat. Dari manakah sumber maklumat yang boleh didapati untuk mendedahkan permasalahan etika tersebut? Pastilah dari sumber yang boleh dipercayai dan punyai kaitan dengan masalah etika tersebut.  Selain daripada itu, agen juga penting dalam situasi ini. Agen merupakan orang yang mendedahkan contohnya pekerja atau orang yang me...