Posts

Showing posts from September, 2011

Syukur... lagi dan lagi...

Dengan nama Allah... Subhanallah, Alhamdulillah hidup lagi hamba pada hari aku mencoret coretan ini. Tiada yang dapat aku katakan selain kalimat kesyukuran kerana masih lagi berada dalam nikmat yang paling besar iaitu nikmat Islam dan Iman.  Semuanya atas hidayah yang Allah berikan kepada hamba-Nya yang Dia kehendaki. Bertuahnya kerana terpilih.  Walaupun terasa diri tidak sempurna, akan aku cuba untuk menjadi hamba yang terbaik. InsyaALLAH.  Walau bagaimanapun, ujian tetap tidak pernah lari dari hidup ini.  Rehat?  Tiada makna rehat selagi nyawa dikandung badan. Allahu Rabbi... Hamba bermohon kepada-Mu, Ampunilah dosa-dosaku, Ampunilah dosa kedua-dua ibu bapaku, Ampunilah dosa orang yang telah memberi ilmu kepadaku, Ampunilah dosa sahabat-sahabat seperjuanganku, Ampunilah dosa adik-adikku, Ampunilah dosa ahli keluargaku yang lain, Ampunilah dosa muslimin, muslimat  yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia. ~Bimbang menjadi hamba yang

Kadang-kadang...

Image
Kadang-kadang kita kena ikut cakap orang... kadang-kadang tak perlu, kan? kadang-kadang diri kita sendiri menutup peluang untuk berjaya... kadang-kadang orang lain. Tetapi, banyanya dari diri sendiri, kan? kadang-kadang kita salahkan orang lain apabila sesuatu pekerjaan tak sempurna.. kadang-kadang orang lain, tetapi kesilapan tu sebenarnya banyak dari diri sendiri... betul kan? kadang-kadang kita selalu marahkan orang tetapi kita benci apabila orang marahkan kita pernah fikir ke orang bencikan kita? Pernah ke? kadang-kadang kita selalu marah budak-budak kecil yang selalu usik harta kita kadang-kadang kita pernah usik harta budak-budak kecil tetapi. kita pun pernah jadi budak kecil, kan? siapa tak pernah jadi budak kecil? kadang-kadang kita rasa malasnya nak solat tapi, pernah rasa ke yang orang akan solatkan kita nanti? ada rasa ke? kadang-kadang manusia selalu buat silap bagi diri yang mencoret ini walaupun manusia itu dikatakan sebagai sebaik-baik kejadian,