Posts

Showing posts from October, 2015

Bila aku pelihara kucing

Image
Assalamualaikum... Tajuk macam karangan SPM. Dah lama rasanya tak menaip depan dekstop . Besar pulak tu. Hoho. Pinjam dekstop orang. Nak cerita pasal kucing. Sekarang ni ramai yang menjadi pencinta haiwan, lebih-lebih lagi kucing yang comel, cute , gebus gebas bagai. Aku salah seorang daripadanya. Sebelum ni mana pernah terfikir nak jaga kucing. Kalau kucing datang ke rumah jangan harap dapat masuk. Mak aku tak suka. Takut berak kencing merata-rata. Jadi, kalau kucing datang boleh bagi makan kat luar rumah je.  Masa aku di matrikulasi, tetiba jadi takut dengan kucing. Sebab utama, dia kacau aku masa makan. Boleh pulak dia main tudung aku. Fobia habis. Bila di uni pulak, okey sikit la. Dah kurang la masalah fobia kucing ni. Fobia tak seteruk mana pun sampai tak boleh nampak, takut kena cakar je. Bila tengok kucing ni dapat hilangkan  stress sebenarnya. Kecomelan kucing tu yang membuatkan aku suka tengok kucing. Bila baca sedikit sebanyak pasal kucing memang ada kajian y

Kosong

بسم الله الرحمن الرحيم  الحمدلله Terima kasih Allah kerana masih mengizinkan aku menitip kata-kata yang mungkin bakal aku lupakan. Dan mungkin tiada siapa pun yang merenung ayat-ayatku ini. Sementara masa masih ada dan peluang terbuka luas bagiku mengisi kekosongan laman ini, aku berharap agar dapat menulis kembali segala idea-idea kontangku ini. Ah, mengarut! Kontang pun Tuhan yang bagi. Luah setakat yang mampu. Biarlah. Sepi. Setiap hari sofa menghadap TV menjadi port baginya meneroka smartphone miliknya. Sekejap mengiring ke kanan sekejap mengiring ke kiri. Sekejap lagi dia terlentang. Masa berlalu begitu sahaja. Setiap hari begitulah rutinnya. Sesekali dia merasakan hidupnya tiada makna. Melakukan rutin yang tidak berfaedah. Menghadap telefon dan tidur. Sampai bila dia mahu jadi begini? Suatu hari dia bermimpi. Tidurnya terganggu dek kerana mimpinya yang merenggut seluruh jiwanya untuk berubah. Mukanya berpeluh. Dadanya berdegup kencang seolah-olah malaikat maut datang.