BERSIH 3.0

Dengan Nama Allah Yag Maha Pemurah...
Alhamdulillah, Allah benarkan aku untuk meneruskan tugasan aku. Baru tahu rasa banyak assignment nak kena siapkan, quiz bertimpa, test berderet. Allah...Allah...Allah...
Baru sikit Allah bagi ujian. Dah mengeluh. Haish... Orang yang banyak mengeluh ni tak de rezeki. Bersyukur dengan apa yang ada. Carilah hikmah disebalik kerja-kerja yang berlambak tu.

Nah buah tangan dari KL. Dapat juga kongsi pengalaman bersama-sama rakyat Malaysia menuju ke Dataran Merdeka.

hari sabtu orang cuti, Tapi ada orang menjual. Ya, keuntungan datang  berganda!
Melayu, Cina, India- Sama-sama turun padang.
Subhanallah. Ramainya.
Tak lupa juga anak muda ni.
Sebelum menuju ke destinasi, saya dan sahabat-sahabat memasuki sebuah restoran bersebelahan dengan bangunan SOGO. Di awal pagi dalam jam 8, keadaan masih lagi tenang. Walaupun polis sudah kelihatan. Jam 9 ke 10 pagi trak polis melintasi kawasan SOGO. Ada dalam 2 ke 3 trak. Siap sedia untuk mengangkut peserta yang konon-kononnya akan mengganas. Kelihatan di celah-celah bangunan ramai peserta yang berkumpul di SOGO. Ingin memastikan keadaan selamat agaknya. 



Kami menuju ke bangunan SOGO untuk membeli kasut. Seorang pengawal keselamatan yang berada di luar restoran tersebut memaklumkan kepada kami bahawa SOGO dah buka. Beliau menyuruh kami ke sana. Terasa ada satu bantuan di situ. 

Comments

Popular posts from this blog

Doa Masuk dan Keluar Tandas

Lampu jalan.