Posts

Showing posts from August, 2010

Jika Itu Ketentuan-Nya...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W. Sejahtera ke atas sahabat2 junjungan baginda. Memang hidup ni banyak ujian. Kalu x de ujian buat apa kita diciptakan? Siapa yang nak kena timpa ujian? Adakah pokok? Kucing? atau pasu bunga? hermmm...Siapa lagi kalau bukan manusia. Allah dah jadikan kita ni sebaik-baik manusia. Kita hanya mampu memohon kepada-Nya supaya diberikan kekuatan untuk meneruskan kehidupan ini. Allah tak akan memberikan ujian diluar kemampuan hamba-Nya. Pemurah tak Allah? Penyayangkan Allah? Adilkah kita jika kita menyalahkan Pencipta kita jika ditimpa musibah? Astaghfirullahal'azim. Siapa kita nak menyalahkan Yang Maha Kuasa itu? Allah turunkan semua ujian kepada kita tanda Allah sayang kita. Allah ingat kita. Sekali lagi nak ditegaskan kat sini bahawa semua yang kita lalui sudah ditentukan oleh Allah. Kita hanya mampu merancang. Kita tidak bolehlah berputus asa dengan ujian yang menimpa. Kita

Siapakah Kita???

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Bersyukur kerana masih lagi dapat mengisi ruangan aku ni. Aku nak timbulkan satu persoalan yang yakni akulah jua penjawabnya... Siapakah kita? Mudah saja soalannya. Bila difikirkan kembali, siapa aku ni kan? Apa yang aku buat kat sini? Maknanya atas dunia la. Kenapa aku diciptakan? Emmm...banyak pulak soalan kat situ. Tapi tak pe,semuanya ada kaitan. Soalan berangkailah kirenye... Ni nak jawab pulak... Allah telah berfirman dan ayat-Nya terakam di dalam Al-Quranul Karim yang bermaksud: "Aku tidak menciptakan jin & manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku". (Az-zariyat: 56) Jadi, apa yang dapat dihuraikan serba sedikit ialah tidaklah kita ini diciptakan melainkan untuk beribadah dan menghambakan diri kepada Pencipta kita satu-satunya, Allah S.W.T. Kita boleh perhatikan dan fikirkan kembali apa yang patut & mesti kita lakukan sebagai hamba Allah? Bersyukur! Banyak cara yang boleh kita lakukan sebag

ujian....

Bismillahirrahmanirrahim... Ya Allah rindunya aku padaMu .Rindu nya aku kepada kekasihMu .Rindunya aku pada keluargaku .Apa khabar mereka sekarang? Mak , k.long rindukn mak .k.long rindu nak tengok muka ayah .Kenapa sekarang k.long semakin rindu kat adik2 ?Kalau boleh k.long nak dengar suara adik2 k.long hari2.Walaupun bising setiap hari,k.long tak kisah.K.long rase sunyi kat sini.Walaupun ramai kawan,tapi k.long tetap rindu kat mak , ayah n adik2 .K.long tak pernah rase cam ni...Ya Allah tabahkanlah hatiku di bulan yang mulia ni.Sesungghuhnya kepadaMu sajalah tempat aku mengadu.Walaupun aku tak pernah mengharapkan apa2 daripada keluarga aku,tapi gerakkanlah hati keluargaku terutama sekali emakku untuk mendoakan kesejahteraan anak2 nya ini.Ya Allah,Kau lindungilah ahli keluarga daripada segala musibah.Jika itu kehendakmu,aku redha Ya Allah.Lindungilah hambaMu yang lemah ini. Mak,, , kak long sayang mak.Kak long nak minta maaf atas segala perbuatan k.long yang membuatkan mak t

Kehidupan...

Image

Marhaban Ya Ramadhan.(^_^)

Bulan Ramadhan datang lagi.Bulan yang mulia diantara bulan-bulan yang lain.Semua Islam diwajibkan menunaikan rukun Islam yang ke-3 ini.Berpuasalah orang-orang yang beriman pada waktu ini.Tahanlah daripada melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa.Tahanlah pandangan,pendengaran,percakapan & perbuatan yang sia-sia.Ambillah peluang sebaik-baiknya unutk mendapatkan lailatul qadr.Malam yang lebih baik daripada malam seribu bulan.Semoga dengan taufik & hidayahNya kita mendapat ketenangan jiwa & meningkatkan amalan kita pada bulan yang mulia ini.Ameen.........

Kem Kembara Muslim.

Image
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam yang masih mengizinkan hambaNya bernafas dan terus memberi nikmat. Maha Suci Allah Yang Maha menciptakan segala makhluk di alam ini. Siapalah kita jika tanpa penciptanya?Siapalah kita jika tidak dikurniakan nikmat yang melimpah ruah?Siapalah kita jika tidak dilahirkan dalam Islam? Bayangkan jika kita tidak mendapat semua nikmat yang dinyatakan? Mampukah kita hidup bernafas di muka bumi pinjaman Allah ini?Layakkah kita? Kita haruslah bersyukur atas  nikmat dan kurniaan yang diberikan. Allah telah ciptakan kita sebagai Da'i yang diamanahkan untuk menyampaikan amanat dan meneruskan perjuangan Rasulullah S.A.W. Sahabat-sahabat... Perjuangan kita masih panjang, Teruskan perjuangan, Janganlah berputus asa walau apa rintangan sekalipun, Allah akan bersama kita untuk menegakkan keadilan di bumi bertuah ini. Sabar menghadapi dugaan, tabah menempuhi perjuangan, Hati ini milik pencipta, Serahkan dengan sep

Kau Sahabatku Kau teman sejati...

Image
ukhwah fillah abadan abadaa... "UKHUWAH YANG DIBINA atas nama ALLAH tak akan mengharapkan balasan apabila memberi ... Ya Allah jadikanlah kami pejuang dakwahMu, di manapun Kau campakkan kami di muka bumi ini, berilah kami kekuatan dan masukkanlah ke dalam hati kami semangat jihad yang tinggi agar setiap sisa hidup yang berlalu dapat digunakan untuk berbakti pada agama Islam yang hakiki." Pejuang ibarat tiram dilaut, dihiris pepasir tercalarlah ia,sungguhpun terluka tetap dipendam, sungguhpun pedih tetap disimpan, namun akhirnya dibalas mutiara berharga. Korbankan harta,masa, perasaan dan keinginanmu demi dakwah Islam,walaupun berat kakimu melangkah.Bukan kerana bukan semua yang kau sukai baik untukmu.Berjihadlah dengan ikhlas wahai da'i. Allah akan menunjukkan jalanNya. Dia sentiasa memerhatikan dakwahmu. ~Salam perjuangan ...Fillah.. ~
Image
sahabat-sahabatku di UTM. Walaupun baru mengenali korang sume, tapi korang telah menunjukkan bahawa korang ni memang best.Aku terharu dengan pe yang korang buat kat roommate aku,Nadia.Korang caring sebnarnyee.Dalam gurau senda ada nasihat-menasihati. Kalau ada yang terkurang pada diri ini, harap ditambah dan diperbetulkan.Walau apa pun kita tetap sahabat, dunia akhirat.

Alhamdulillah........

Image
Bersyukur kepada Allah yang telah mempermudahkan urusan hambaNya ini.Hanya kepadaMu sajalah tempat aku memanjatkan kesyukuran. Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu,bertemu untuk mematuhi(perintah)MU,bersatu memikul beban dakwahMu,hati-hati ini telah mengikat janjisetia untuk mendaulat & menyokong syariatMu, maka eratkanlah Ya Allah ikatannya.Kekalkan kemesraan antara hati-hati RabbaniMu yang tidak kunjung malap.Lapangkan hati-hati ini dengan limpahan Iman/keyakinan & keindahan tawakkal kepadaMu.Hidup suburkan hati-hati ini dengan ma'rifat(pengetahuan sebenar)tentang Mu...(jika Engkau mentaqdirkan mati) maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada' dalam perjuangan agamaMu.Engkaulah sebaik-baik sandaran & sebaik-baik penolong.Ya Allah perkenankanlah permintaan ini.Ya Allah restuilah & sejahterakanlah junjungan kami Muhammad, keluarga & para sahabat baginda semuanya.......AMEEEEEEN..... Sem