سبحان الله

[Hujan turun lebat]
Kakak, kenapa hujan? [Sambil mendongak ke langit]
Allah yang jadikan. [Ringkasnya jawapan kakak]
Tapi, macam mana? [Adik tak puas hati]
Air laut yang diangkut oleh angin ke ruang udara. Kemudian terbentuk awan. Bila air hujan menjadi sangat berat ia jatuh ke bumi. Dan sekarang adik dapat lihat kan, air hujan.
Hebatnya. [Adik kagum]
Subhanallah. Hebatkan Allah? Dah lama Allah beritahu perkara ni dalam al-Quran.
[Adik tersenyum.Kemudian...]
Kakak, adik lapar. [Sambil memegang perut]
Adik, kakak akan cari makanan nanti ye. Sabar dulu. Hujan lagi ni. 
[Kakak mengusap kepala adik. Hatinya sayu apabila adik meminta makanan. Ya Allah permudahkan kakak dan adik]
Emm...baiklah kakak. [Adik tunduk]
Adik, hujan ni satu rahmat Allah. [Kakak cuba menggembirakan adik]
Allah turunkan hujan untuk hamba-Nya beroleh rezeki. Tanam-tanaman hidup subur. Kadang-kadang menjadi ujian. Hujan yang sangat lebat dan boleh jadi banjir. Itu dinamakan musibah.
Kakak, Allah itu Pemurahkan? [Adik kembali bersuara]
Adik bersyukur walaupun kita susah, tetapi kita tak kena bom macam sahabat kita di Palestin. Susahnya mereka nak dapat makanan. Hari-hari kena bom. Hari-hari kena tembak. Tetapi, walaupun mereka kena serang macam tu, ganjaran mereka sangat besar di sisi Allah. Kakak, adik kalau boleh nak berada di tempat mereka. 
[Walaupun adik masih kecil tetapi jiwa adik besar]
Subhanallah. Kakak bangga ada adik macam kamu. Adik, walau sesiapapun kita, Allah tetap sayangkan kita. Kita sebagai hamba Allah, wajib mensyukuri nikmat yang Allah bagi. Banyakkan nikmat Allah bagi? Lihat saja diri kita ini. Walaupun susah, tetapi mungkin ada orang lagi susah daripada kita. Tetapi, ini bukanlah alasan untuk kita tidak berusaha untuk mencari sedikit ruang kesenangan. Mungkin kesenangan yang kita bakal dapat bukanlah dalam bentuk harta kekayaan yang melimpah ruah. Banyakkanlah bersangka baik dengan Allah. Ingat, kuatkan pergantungan kita pada Allah. [Kakak suka menasihati adik dikala adik meminta sesuatu. Adik sabar. Dia tahu Allah itu sayang kakak dan adik. Sebab itu mereka diuji dengan kesusahan. Allah tak akan beri kesusahan di luar kemampuan hamba-Nya]
Adik, mak dan ayah pasti banggakan ada anak yang sabar dengan kesusahan, sabar dengan ujian macam adik. Kakak rindu mak dan ayah. [Air mata kakak mengalir]
Kakak, adik sayang kakak. Adik pun rindu mak dan ayah. [Adik dan kakak berpelukan.]
[Kakak mengeluarkan tafsir dari beg yang lusuh. Hanya itu sahaja harta yang mereka ada setelah emak dan ayah meninggalkan mereka. Berjumpa dengan Pemilik Sekalian Alam. Allah sayang mak dan ayah.]
Adik, mak ada pesan. Kalau mak dah tak de, kakak kena jaga adik elok-elok. Kakak tak tahu kenapa mak cakap macam tu pada kakak. Selepas mak dan ayah kemalangan baru kakak faham. Mak macam dah tahukan yang Allah akan jemput mak dan ayah. [Sekali lagi kakak mengalirkan air mata, sambil memandang adik]
Kakak, adik nak terima kasih pada kakak. Jaga adik, cari makan untuk adik. Adik tak de apa-apa nak bagi pada kakak. Nanti kita doa sama-sama supaya Allah temukan di syurga ya. 
[Kini adik pula memujuk kakak. Kakak tersenyum. Tidak susah rupanya menjaga adik. Adik turut sama memahami keperitan hidup. Hanya dunia.]
Ya Allah temukan kami sekeluarga dalam syurga-Mu. Rahmatilah adikku. Lindungi kami dari sebarang kezaliman. Cukupkan kami dengan sesuatu yang halal berbanding dengan sesuatu yang haram yang telah Engkau tetapkan. 
[Adik turut sama mengaminkan doa. Sabarlah wahai kakak dan adik. Allah bersama kamu.]

*Biar kesusahan melanda, doa kepada Allah tetap bersama-sama.


Comments

Popular posts from this blog

Doa Masuk dan Keluar Tandas

Lampu jalan.