Posts

Showing posts from October, 2012

Semuanya Allah punya.

Bismillah, Alhamdulillah Allah izin lagi jari jemari menaip bait-bait kata, mengilhamkan idea-idea.  Semuanya Allah punya. Lagu Iwan gitu. Yelah, tiada apa yang kita miliki di dunia ni. Kita pinjam je. Nak tengok pun  Allah bagi pinjam mata bagi tengok alam yang indah ni. Kalau Allah tak izin, dapat ke kita tengok mak, ayah, adik-beradik, dan sahabat-sahabat kita? Dapat ke kita tengok warna-warni alam ini? Subhanallah. Allah Ya Rahman. Allah bagi semua nikmat ni pada semua orang. Samada Islam atau yang bukan Islam. Tak ada kurangnya nikmat Allah.
Kasih sayang Allah tiada tolok bandingnya. Nak kira nikmat Allah bagi pada kita, tak terkira dik ooii!! Banyak sungguh yang Allah kurniakan pada kita. Kita ni je, macam mana nak guna nikmat yang Allah bagi tu. Sebagai hamba, solat tu tanda kita bersyukur pada Allah. Allah dah jadikan tubuh badan untuk kita dirikan solat. Tak boleh berdiri, duduk. Tak boleh duduk, baring. Gerak-gerakkan sikit badan. Tak boleh gerak-gerak badan, gerak mata. Ta…