Posts

Showing posts from January, 2013

Masalah...

Malaysia hari ini... masalah sosial... masalah bunuh ahli keluarga... masalah politik... masalah aqidah... masalah... masalah... masalah... Perkara yang haq dan yang batil tak pandai nak bezakan hal-hal agama dipermainkan menyalahgunakan hukum-hukum menyalahgunakan dalil-dalil para ulama' dilemparkan kata-kata yang tidak sewajarnya anak muda... karaoke... kelab malam... racing... rempit... drift... ah...macam-macam lagi la... Wahai manusia... kembalilah kepada al-Quran... kembalilah kepada sunnah Rasulullah S.A.W. Wahai... daie... banyak lagi kerja yang perlu dilakukan... banyak lagi perkara yang perlu dibetulkan... kembalikan orang disekeliling kita kepada jalan yang benar... Wahai manusia, sembahlah Tuhanmu yang telah menciptakanmu dan orang-orang yang sebelummu, agar kamu bertaqwa (Al-Baqarah ayat 21)

Meniup wisel

Dengan nama Allah, Meniup wisel ataupun whistle blowing merupakan pendedahan tentang salah laku dan perbuatan tidak beretika dalam sesebuah organisasi oleh pekerja atau bekas organisasi tersebut. Situasi ini kita dapat lihat di negara kita sendiri. Perasan tak? Jika anda seorang yang sensitif. Ini adalah prosedur di mana jika kita ingin mendedahkan sesuatu kesalahan perlu ada cara yang betul. Terdapat beberapa ciri-ciri utama dalam perbuatan meniup wisel ini. Di antaranya ialah tindakan mendedahkan. Tindakan ini menekankan tentang bagaimana cara seseorang atau sesuatu kelompok mendedahkan permasalahan yang dihadapi.  Seterusnya bahan maklumat. Dari manakah sumber maklumat yang boleh didapati untuk mendedahkan permasalahan etika tersebut? Pastilah dari sumber yang boleh dipercayai dan punyai kaitan dengan masalah etika tersebut.  Selain daripada itu, agen juga penting dalam situasi ini. Agen merupakan orang yang mendedahkan contohnya pekerja atau orang yang mempunyai k