Posts

Showing posts from June, 2012

Aku tak bersedia lagi la...

Image
بسم الله الرحمن الرحيم Alhamdulillah, Allah bagi lagi nikmat pada hamba yang lemah ni. Bersyukur sebanyak-banyaknya kerana nikmat yang paling besar adalah nikmat Islam dan Iman. "Tidak sempurna iman seseorang itu sehingga dia mencintai saudaranya seperti mana dia mencintai dirinya sendiri." (Riwayat Bukhari dan Muslim) Hadis di atas sekadar ingatan untuk sahabat-sahabat yang disayangi lillahi ta'ala. Hidup sebagai hamba Allah tidak cukup sekadar solat, puasa, haji, zakat dan sebagainya. Hidup ini kena lengkap juga sebagai seorang khalifah yang mentadbir muka bumi ini dengan adil. Seseorang hamba Allah itu juga adalah pemimpin kepada dirinya sendiri. "Tegakkanlah Islam dalam dirimu, nesacya Islam akan tertegak di negara kamu". "Aku masih tak sedia lagi", "Banyak la assignment nak buat", "Tak boleh, aku nak study. Mak ayah aku hantar aku belajar suruh study, bukan main-main".  Mungkin ayat-ayat ni biasa did