Semuanya Allah punya.

Bismillah,
Alhamdulillah Allah izin lagi jari jemari menaip bait-bait kata, mengilhamkan idea-idea.  Semuanya Allah punya. Lagu Iwan gitu. Yelah, tiada apa yang kita miliki di dunia ni. Kita pinjam je. Nak tengok pun  Allah bagi pinjam mata bagi tengok alam yang indah ni. Kalau Allah tak izin, dapat ke kita tengok mak, ayah, adik-beradik, dan sahabat-sahabat kita? Dapat ke kita tengok warna-warni alam ini? Subhanallah. Allah Ya Rahman. Allah bagi semua nikmat ni pada semua orang. Samada Islam atau yang bukan Islam. Tak ada kurangnya nikmat Allah.

Kasih sayang Allah tiada tolok bandingnya. Nak kira nikmat Allah bagi pada kita, tak terkira dik ooii!! Banyak sungguh yang Allah kurniakan pada kita. Kita ni je, macam mana nak guna nikmat yang Allah bagi tu. Sebagai hamba, solat tu tanda kita bersyukur pada Allah. Allah dah jadikan tubuh badan untuk kita dirikan solat. Tak boleh berdiri, duduk. Tak boleh duduk, baring. Gerak-gerakkan sikit badan. Tak boleh gerak-gerak badan, gerak mata. Tak boleh nak gerak mata, gerak hati. Tak boleh nak gerak hati tu dah selamat jalan dah tu.

Bermulanya saat kita yakin Allah itu satu, kepada Allah kita meminta pertolongan, kepada Allah kita mengadu nasib dan segala-galanya Allah punya, kita sudah berpegang kepada tali yang sangat kuat dan tidak akan putus. Seiring dengan itu Taghut atau segala bentuk sembahan selain dari Allah wajib dijauhi. (Al-Baqarah: 256)

Di saat kita lemah, sedih, kurang segala-galanya, mintalah pada Allah agar diberi kekuatan pada diri untuk meneruskan perjalanan sebagai hamba. Usahalah semampu mungkin untuk mencapai keredhaan-Nya. Banyak jalan yang disediakan untuk mencari keredhaan Allah. (Al-Baqarah: 207)

Di saat kita kuat, gembira dan rasa cukup segala-galanya, ingatlah bahawa Allah yang mencukupkan kita dengan nikmatnya. Jangan lupa untuk bersyukur dengan pemberiannya. (Ibrahim: 7)

Ya Allah, ingatkan diri ini andai terlupa. Ingatkan diri ini andai terlalai. Jagalah diri ini daripada kejahatan, kemaksiatan dan kezaliman. Tetapkan hati ini dalam iman.

Ya Allah, jagalah ahli keluargaku dan sahabat-sahabatku daripada kejahatan, kemaksiatan dan kezaliman. Bantulah kami Ya Rahman, Ya Rahim.

#Ingatan buat diri ini yang sering terlupa. Semoga bermanfaat.~~

Comments

Popular posts from this blog

Doa Masuk dan Keluar Tandas

Lampu jalan.