Posts

Showing posts from March, 2012

UTMost Imagination **

Image
Assalamualaikum, Alhamdulillah atas segala nikmat yang Allah kurniakan. Hari ini hari kedua (30 Mac 2012) berlangsungnya karnival keratif dan inovasi, UTMost Imagination. Pelbagai aktiviti menarik yang sempat dirakamkan sepanjang hari saya menjadi pemberi sticker UTMost ni. Fuhh,,, menarik, menarik. Pada sesi pagi, terdapat krew TV3 yang membuat liputan melalui rancangan Malaysia Hari Ini (MHI). Tak tahu macam mana keadaannya. Hanya mendengar khabar berita sahaja bahawa TV3 akan buat liputan. OK, tak pe. Tiada liputan daripada saya untuk itu. Jadi terus ke sesi petang. ~~,. Sebelum memulakan tugas. Ambil gambar dulu. Antara gerai yang ada. Seperti biasa, memberi sticker sambil memerhati pelbagai ragam manusia amat menyeronokkan.^^,  Tiba-tiba ada maskot Boboi Boy pulak menunjukkan muka di padang kawad ni. Tak semena-mena sekeping dua gambarnya diambil olehku. Rezeki kami murah hari ini. Dapat aiskrim percuma daripada kakakku Edelin. Alhamdulillah. Nampak tak

UTMost Imagination *

Image
Assalamualaikum... Alhamdulillah atas segala nikmat. Subhanallah, penatnya hari ni. Saya dan sahabat-sahabat ditugaskan untuk menjaga pintu masuk di padang kawad sempena UTMost Imagination, festival inovasi dan kreativiti. Satu pengalaman baru dan menyeronokkan setakat ini. Hari ini 29 Mac 2012, merupakan hari pertama festival ini berlangsung. Sepanjang program ini, pelbagai acara menarik dijalankan. Hari ini sahaja ada beberapa pertandingan yang melibatkan fakulti di UTM ini. Sekadar menjaga pintu masuk utama, tengok dari jauh je la. Macam-macam rekacipta yang dipersembahkan. Kreatif, kreatif. =) Disamping itu, terdapat juga booth yang menjual makanan. Sesiapa yang kelaparan, kebuluran dan kedahagaan, bolehlah singgah jamu selera. Kafe Mak Jah pun ada. Don't worry be happy. Tak lupa juga tempat solat. Surau yang paling hampir terletak di Rumah Alumni. Nak jauh sikit Surau KTC S01. Nak lagi jauh Masjid Sultan Ismail la. =] Pengunjung yang datang mempunyai pelbagai

Sedar diri!

Image
بسم الله الرحمن الرحيم Alhamdulillah atas segala nikmat yang Allah berikan. Dengan kasih sayang-Nya dapatlah hamba-hamba-Nya merasai nikmat yang pelbagai. Sedarkah kita, selama kita hidup di atas muka bumi ini, kita hanya berpijak di alam fantasi. Hanya FANTASI!! Kenapa? Di mana letaknya Al-Quran dan As-Sunnah dalam hidup kita? Di mana letaknya akhlak mulia daripada Rasulullah S.A.W? Jadi selama ini, apa yang kita lakukan? Apa yang kita ikuti? Akhlak siapa yang kita contohi? Apa tujuan kita diciptakan sebenarnya? Semuanya Allah dah beritahu dalam Al-Quran. Allah dah tegaskan saat malaikat meragui kenapa Allah nak cipta manusia yang bakal membuat kerosakan. Allah lebih mengetahui. Sejak penciptaan Nabi Adam manusia sudah membuat kerosakan. Melalui nabi-nabi yang lain, manusia sentiasa menzalimi dirinya sendiri. Allah mengutuskan nabi-nabi untuk menyeru ummatnya supaya kembali mengabdikan diri kepada Allah. Sehingga Nabi Muhammad diutuskan kepada ummatnya, manusia masih lagi