UTMost Imagination *

Assalamualaikum...
Alhamdulillah atas segala nikmat. Subhanallah, penatnya hari ni. Saya dan sahabat-sahabat ditugaskan untuk menjaga pintu masuk di padang kawad sempena UTMost Imagination, festival inovasi dan kreativiti. Satu pengalaman baru dan menyeronokkan setakat ini. Hari ini 29 Mac 2012, merupakan hari pertama festival ini berlangsung. Sepanjang program ini, pelbagai acara menarik dijalankan. Hari ini sahaja ada beberapa pertandingan yang melibatkan fakulti di UTM ini. Sekadar menjaga pintu masuk utama, tengok dari jauh je la. Macam-macam rekacipta yang dipersembahkan. Kreatif, kreatif. =)



Disamping itu, terdapat juga booth yang menjual makanan. Sesiapa yang kelaparan, kebuluran dan kedahagaan, bolehlah singgah jamu selera. Kafe Mak Jah pun ada. Don't worry be happy. Tak lupa juga tempat solat. Surau yang paling hampir terletak di Rumah Alumni. Nak jauh sikit Surau KTC S01. Nak lagi jauh Masjid Sultan Ismail la. =]

Pengunjung yang datang mempunyai pelbagai latar belakang. Ada pelajar sekolah, pensyarah, cikgu-cikgu, suami isteri, pak we mak we, kawan-kawan, pak cik, makcik, adik-adik, abang kakak dan macam-macam la. 


Antara pengunjung yang bertuah. Hehe... Bertuah dapat ambil gambar. Penat melayan karenah dorang ni. Sesungguhnya saya mengerti kamu semua masih budak sekolah lagi. ~~!

Masa dah tamat. Jam lima petang meninggalkan tempat bertugas dan menuju ke kaunter utama untuk memulangkan sticker. Ok, singgah kejap. Tengok apa yang ada dalam khemah yang besar ni. Singgah di booth Fakulti Kejuruteraaan Awam (FKA), sahabat saya tertarik dengan benda ini. Apa la namanya???


Seperti yang diterangkan oleh penjaga di booth ni, ia adalah seperti tar yang digunakan di tempat letak kereta atau garaj kereta. Warnanya putih sebab ia dapat memantulkan semula haba, supaya tempat letak kereta tidak panas seperti kebiasaan. Biasanya ia menggunakan tar berwarna hitam. Itu dari apa yang saya faham la. Kalau terkurang informasi harap maaf ye. Terdapat juga jambatan yang tidak kurang hebatnya. Sekadar gambar.

Jambatan dalam UTM. Hemm... Nak tahu lebih? Datang la sini. Baiklah, habis untuk hari ini. Esok pula bakal menyusul. InsyaAllah.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Doa Masuk dan Keluar Tandas

Lampu jalan.