Aku tak bersedia lagi la...

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, Allah bagi lagi nikmat pada hamba yang lemah ni. Bersyukur sebanyak-banyaknya kerana nikmat yang paling besar adalah nikmat Islam dan Iman.

"Tidak sempurna iman seseorang itu sehingga dia mencintai saudaranya seperti mana dia mencintai dirinya sendiri." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Hadis di atas sekadar ingatan untuk sahabat-sahabat yang disayangi lillahi ta'ala.

Hidup sebagai hamba Allah tidak cukup sekadar solat, puasa, haji, zakat dan sebagainya. Hidup ini kena lengkap juga sebagai seorang khalifah yang mentadbir muka bumi ini dengan adil. Seseorang hamba Allah itu juga adalah pemimpin kepada dirinya sendiri.

"Tegakkanlah Islam dalam dirimu, nesacya Islam akan tertegak di negara kamu".
"Aku masih tak sedia lagi", "Banyak la assignment nak buat", "Tak boleh, aku nak study. Mak ayah aku hantar aku belajar suruh study, bukan main-main". 

Mungkin ayat-ayat ni biasa didengari dan diadukan oleh kawan-kawan kita bila diajak pergi majlis ilmu, kuliah-kuliah agama, program-program dan sebagainya. Kadang-kadang menyampah juga dengar. Huh! Memang menyampah. Dalam banyak-banyak alasan yang diberi, semuanya tak boleh pakai. Nak buat assignment? Alih-alih dialah orang terakhir siap. Study? Alih-alih dialah keluar shopping sakan dengan geng2 nye. Sabo je la. 


Semoga Allah bukakan pintu hati hamba-hambaNya yang seperti ini untuk sama-sama duduk di majlis ilmu, dan menjadi orang yang cintakan ilmu. (Seperti gambar di atas ^^) Bukan sekadar itu sahaja. Orang Islam, bila sudah tahu apa tujuan hidupnya, dia tak boleh duduk diam je. Dia mesti memahamkan orang yang tak faham apa tujuan hidup. Kadang-kadang manusia ni tak sedar kenapa dia diciptakan. Kenapa itu, kenapa ini. Kena ada orang yang beritahu dia, baru dia sedar. Agama ini kan nasihat. Jadi, nasihat-menasihati sesama orang Islam ni penting, bukan semua orang boleh ingat semua benda. Semua orang perlukan nasihat. Raja-raja kita, sultan-sultan kita, tok menteri kita, mak, ayah, abang, kakak, adik, kawan-kawan, sedara-mara dan sesiapa sahaja yang ada disekeliling kita.

Bila nak bersedia? Sedia untuk apa?

Sedia untuk sedar siapa kita. Sedia untuk galas tugas di bahu mejadi penyambung risalah yang Nabi Muhammad S.A.W. kekasih Allah yang dicintai, dirindui dan disayangi tinggalkan untuk kita. Dakwah nabi tak boleh dibiarkan dan ditinggalkan separuh jalan. Kerja-kerja menyambung risalah ni kena ada pada seorang manusia yang digelar khalifah. Siapa? Setiap umat Islam yang rasa dirinya umat Nabi Muhammad S.A.W.  Yang rasa dirinya nak syafaat nabi. Yang rasa dirinya terhutang budi dengan nabi sebab nabi doa pada Allah supaya menang dalam perang Badar beribu tahun dulu. Yang rasa diri dia takut dengan azab Allah, tak nak kena campak dalam api neraka yang panas menggelegak dan menikmati syurga yang indah, Allah S.W.T. sahaja tahu betapa indahnya. Namun, matlamat paling utama adalah nak dapat redha Allah. Rugi kalau kita diberi ruang dan peluang untuk berdakwah tetapi disia-siakan ruang itu.


Jadilah hamba Allah yang bersyukur, walaupun ujian yang Allah bagi sangatlah berat. Itu tanda Allah ingat kita. >_<

#Ingatan untuk diri sendiri#

Comments

Popular posts from this blog

Doa Masuk dan Keluar Tandas

Lampu jalan.