Posts

Showing posts from August, 2012

Apa yang penting... kerjasama!

Image
Bismillah... Bulan Ramadhan yang mulia bakal meninggalkan kita beberapa hari lagi. Adik-beradik, saudara-mara semuanya akan pulang ke kampung masing-masing. 
Adik-adikku semuanya sudah berada di rumah. Opss..ada lagi sorang tak balik lagi. Ya...bakal bergegarlah rumah ni. Hari ni satu gotong-royong telah dijalankan dan di arahkan oleh kak long mereka sendiri. Huh, kak long yang menggunakan kuasa veto sepenuhnya. Hemm...bila lagi nak guna. Ni la masanya. Haha. 
Pembahagian tugas diberikan secara adil dan saksama. Mengikut kudrat dan saiz tubuh masing-masing. Ada yang sapu sampah, jemur kain, cuci longkang, cuci almari, buat kuih raya (ni kira gotong royong ke?) dan sapu sampah. Mak dan ayah menyerahkan sepenuh kuasa kepada kak long sambil meninggalkan pesanan berupa tugasan-tugasan seperti di atas. Bagi la chance mak dan ayah nak gi dating. Hehe.
Di bulan Ramadhan yang berbaki kurang tiga hari ni, sama-samalah kita memperhebatkan lagi amal ibadah untuk mengejar lailatul qadar. Apabila…

Ramadhan datang lagi.

Selamat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan yang mulia ini. Di samping mempertingkatkan amal ibadah yang lain. Beramallah seperti ini adalah Ramadhan yang terakhir buat kita. Sama-sama kita istiqomah dengan amalan yang kita lakukan setelah habisnya bulan yang mulia ini. Hayati juga kisah-kisah perjuangan Nabi Muhammad S.A.W. dan sahabat-sahabat ketika berada di bulan Ramadhan. Semoga ianya membangkitkan semangat kita untuk menjadi hamba Allah yang muttaqin. InsyaAllah. 
Ya Allah, di bulan yang mulia ini, hamba yang lemah ini ingin memohon keampunan kepada-Mu. Banyak dosa yang telah hamba lakukan. Ampunilah dosa-dosaku yang aku sedari atau tidak, yang sengaja atau tidak sengaja. Ampunilah dosa-dosa kedua-dua ibu dan bapaku, guru-guruku, adik-adikku, sahabat-sahabatku dan umat Islam seluruhnya. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun. Semoga Ramadhan pada tahun ini menjadikan kami hamba-hambaMu lebih tunduk kepada-Mu, lebih menghayati ayat-ayatMu. Kuatkanlah kami untuk beribadat kepada…