Posts

Showing posts from July, 2010

astaghfirullahal'azim...........

Ya Allah, ampunilah dosa hamba Mu yang lemah ini.Banyak kesalahan yang telah aku lakukan.Aku sebagai makhluk ciptaan Mu,mengakui kesalahan ini.Hanya pada Mu aku memohon ampunilah dosa-dosaku.Sesungguhnya Kau Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani....Ameeen......

Ilmu itu luas.

Banyak perkara yang dilakukan perlukan ilmu.Daripada sekecil-kecil perkara sehinggakan sebesar-besar perkara.Ilmu yang ada pada seseorang itu hendaklah dikongsikan kepada orang lain.Sampaikanlah ilmu itu walaupun satu ayat.Dalam hal golongan yang cerdik pandai berilmu dan pandai segalanya, golongan ini sepatutnya mengamalkan ilmu itu.Selain itu berilmu perlulah dengan akhlaknya sekali.Jika berilmu tetapi tiada akhlak tiada gunanya.Mungkin Allah ingin menduga hambaNya itu.Tetapi kita sebagai sebuah masyarakat yang prihatin,hendaklah menasihati sesama kita sendiri.Hendaklah kita nasihat-menasihati agar dapat melengkapi satu sama lain.Itulah erti sebuah kehidupan di mana kita diciptakan hanyalah untuk mengabdikan diri kepada Allah S.W.T.Sebagai hambaNya, kita harus bersyukur dengan ilmu yang dikurniakan.Bidang ilmu yang kita miliki tidak mampu ditandingi dengan ilmu Alllah Pencipta sekalian alam.Usahlah kita terlalu berbangga dengan kelebihan ilmu itu.Bersederhanalah seboleh-bolehnya.

Letihnya minggu ni...

Start hari sabtu minggu lepas 24 Julai 2010,pepagi lagi ada kursus JKM.Kursus la kot.Dari pukul 8.00 pagi sampai pukul 7.00 malam.Esoknya pulak tak de pape kot.Hehe...aa training bola tampar.Sempena Sukan Antara Mahasiswa/i(SUKAM) nanti.Pertandingannya hari ahad minggu depan 1 Ogos 2010.Semalam Sultan Johor Sultan Ibrahim datang merasmikan Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim.Apa sangat yang dibuatnya..Hurmmm...Biaq pi laa...Pape hal minggu ni memang buzy...Ya Allah permudahkan urusan hambaMu ini.

Muhasabah diri.

Siapa lebih kuat?Badang?Batman?Superman?Ultraman?Power Rangers?Subhanallah!Alllah Maha Kuat.Tiada tandingan bagi khaliq di alam semesta ini.Dialah yang mencipta kita.Dialah yang mematikan kita.Kita dilahirkan adalah semata-mata untuk mengahambakan diri kepadaNya.Siapalah kita hamba yang lemah dan hina ini.Walau sekaya mana pun kita,Allah Maha Kaya.Dialah yang menurunkan rezeki.Walau sekuat mana pun kita,Allah maha Kuat.Dialah yang mencipta langit & bumi.Seluruh makhluk di muka bumi ini tunduk & sujud kepadaNya.Wallahua'lam.

Sahabat.....

Sahabat Album : Kiasan Naluri Munsyid : Amar http://liriknasyid.com Ingin aku singkap kembali Kenangan lama agar bersemi Inginku ulangi kisah manis Agar terus bersemadi Ingatlah aku sebagai rakanmu Kenaglah daku dalam doamu Begitulah indahnya kisah dahulu Engkau sebagai temanku Apabila engkau terjaga Satukanlah harapanku denganmu Kerana ianya bakal berpadu Mimpi si penunggu yang setia Layarkanlah impian doamu Sesungguhnya aku masih mengingatimu Sebagai kawan rakan dan teman Semoga kita diberkati Allah Kudoakan kepadamu agar bahagia Di dunia dan akhirat Lagu: AMAR Lirik: AMAR Album : Kiasan Naluri

Kawan

Nyanyian: Rabbani. Kawan Mara Ke Hadapan Maju Bina Kekuatan Hidup Mesti Tempuh Cabaran Itulah Resam Kehidupan Dunia Perlukan Pertolongan Dari Generasi Sepertimu Binalah Sifat Kekeluargaan Untuk Mendapat Keredahaan Tuhan Yang Esa Setiap Langkahmu Menjadi Ikutan Untuk Generasi Sepanjang Zaman Dunia Penuh Dugaan Tempuhilah Walau Seorang Biar Ribut Mahupun Taufan Quran Sunnah Jadi Bekalan Kawan Berazam Dan Bejanjilah Akan Kau Kotakan Sabda Junjungan Peliharalah Peribadimu Peliharalah Ahli Keluargamu Dunia Ini Hanya Sementara Beribadahlah Sebagai Bekalan Untuk Menju Hari Kemudian Akhirat Jua Kekal Selamanya

Hari yang memenatkan...

Alhamdulillah,aku masih lagi dapat bernafas dan menikmati alam ciptaan Allah S.W.T. ni.Hari ni letih sangat.Ada kem pencarian pelapis baru Jawatankuasa Kolej Mahasiswa(JKM) KDSE.Akulah salah satu calon tu.Huhu...Pepagi lagi pukul 8.00 kena turun.Ada Treasure Hunt gitu.Larilah satu KDSE ni.Ada 1 chhecpoint ni,group aku dah clueless....kitorang tak taw nak cari kat mana tempat ni.Pusing la satu kolej...kolej 13 ke kolej 12..kolej 12 ke kolej 13...nak cari pe jer...roundabout kecik...almakaih...memang la kecik n tersorok..padahal aku dah pernah pergi tempat tu...time tu la aku blurr n tak taw nak buat pe dah..nasib,nasib..lastly group kitorang tempat ke 4 jugak la.not bad.Petangnya pulak kami diamanahkan untuk mengendalikan majlis penutupan untuk program kami sendiri.Banyak pengalaman & ilmu yang aku kutip daripada program ni.Semangat bekerjasama tu penting.Macam-macam hal kena buat sama-sama.Dengar arahan ketua.Bertanggungjawab menyelesaikan tugas masing-masing.Semua tu penting untuk

Percaturan Allah Maha Hebat

  Setiap insan merancang sesuatu perkara agar perkara yang ingin dilakukannya berjalan dengan lancar. Sesiapa sahaja mahukan perancangan itu dilihat cantik dan sempurna. Walaubagaimanapun, sehebat mana perancangan seseorang itu, Allah jualah yang menentukan semuanya. Setelah kita sebagai hambaNya merancang, berserahlah sepenuhnya kepada Khaliq kita. Sesungguhnya Dialah yang Maha Berkuasa. Berserah sepenuhnya kepada Allah adalah keyakinan kita bahawa tiada sesiapa yang lebih berkuasa selain Allah. Tidak kira siapa kita ini, perdana menteri, jutawan, arkitek, jurutera, saintis, guru, bahkan pakar dalam bidang apa sekalipun, kita ini adalah hamba Allah.Selayaknya kita menghitung dan muhasabah diri kita semula. Setakat manakah kita mensyukuri nikmatnya.Renung-renungkanlah.                                          Salamalaik.