Posts

Showing posts from March, 2011

Ciri-ciri Muslim

1)     Berkata benar 2)     Tidak hasad dengki 3)     Ikhlas 4)     Menepati janji 5)     Akhlak baik 6)     Mempunyai sifat  malu 7)     Lemah lembut terhadap orang lain (Malu sebahagian daripada iman) 8)     Berasa simpati (faham dengan kesusahan orang lain) 9)     Bertolak ansur 10) Pemaaf 11) Senang kira dalam banyak urusan (Tak berkira)  12) Periang (Senyum itu sedekah ) 13) Sabar 14) Mengelak daripada memaki hamun orang 15) Tidak menuduh orang kafir, fasik sewenang-wenangnya 16) Bersederhana 17) Berhati-hati apabila berkata-kata (jangan merendahkan martabat orang lain) 18) Tidak mengambil tahu perkara yang tidak berkenaan dengan diri 19) Menahan diri daripada fitnah (fitnah lebih buruk daripada membunuh) 20) Tidak buruk sangka 21) Boleh simpan rahsia 22) Tidak bongkak dan sombong (rendah diri) 23) Tidak suka memperlekehkan orang 24) Hormati orang tua dan ulama 25) Bergaul dengan orang soleh 26) Berusaha melindu

Bait Perjuangan...

Kita harus bersatu Dalam perjuangan Islam Kita harus berpadu Demi kebangkitan Islam Kita harus bersatu Dalam perjuangan Islam Kita harus berpadu Demi kebangkitan Islam Apabila Islam dihinakan Apa yang akan kita lakukan Apabila Islam dijatuhkan Tugas kita adalah berjihad Tugas kita adalah berjuang Kita harus bersatu Dalam perjuangan Islam Kita harus berpadu Demi kebangkitan Islam Bangkitlah, mari berjuanglah Kobarkan jihad di jalan-Nya Bangkitlah jangan engkau ragu Ingatlah surga menantimu Bangkitlah, mari berjuanglah Kobarkan jihad di jalan-Nya Bangkitlah jangan engkau ragu Ingatlah surga menantimu Ingatlah surga menantimu Kita harus bersatu Dalam perjuangan Islam Kita harus berpadu Demi kebangkitan Islam Apabila Islam dihinakan Apa yang akan kita lakukan Apabila Islam dijatuhkan Tugas kita adalah berjihad Tugas kita adalah berjuang Bangkitlah, mari berjuanglah Kobarkan jihad di jalan-Nya Bangkitlah jangan engkau ragu Ingatlah surga menantimu Ingatlah surga menantimu Bangkitlah, mari

Indahnya Hidayah-Mu

بسم الله الرحمن الرحيم      Alhamdulillah... segala puji-pujian bagi Allah S.W.T yang melimpahkan nikmat iman dan Islam kepada hamba-Nya. Tidak terhitung nikmat-nikmat itu.      Diskusi IMAN. Subhanallah. Kagum bila melihat para da'ie yang tampil, bagi aku, memberikan semangat untuk meneruskan perjuangan berdakwah kepada manusia. Majlis ilmu yang aku ikuti kali ini, menampilkan dua orang yang telah kembali kepada fitrah, menjadikan Islam sebagai cara hidup. Hamba Allah yang bertuah ini ialah saudara Shah Kirit Bin Kalkulal dan saudara Jaysuman Pusppanathan. Pada awal perbincangan yang dikendalikan oleh saudara Muhajirih, para hadirin didedahkan dengan pengalaman kedua-dua penceramah ini. Mereka mempunyai pengalaman yang berbeza. Saudara Jaysuman merupakan bekas penganut Kristian dan Hindhu. Manakala saudara Shah Kirit pula pernah menganut agama Hindhu. Memanglah setiap manusia itu akan diuji. Cuma bentuk ujian itu berbeza-beza. Ujian itu juga tidak akan ditimpakan

Hargailah diri...

Wahai kakakku, Mengapakah lemah sungguh kaum hawa itu? Asyik berteman tangis dan sendu sahaja Wahai adikku Bukan wanita itu lemah dek kerana tangis dan sendunya Tetapi di situlah wahai adikku Kekuatan bias meluburkan ego seorang lelaki Menjadi izzah yang paling gah Bahkan lebih gah dari egonya seorang lelaki Kerana sendu rayunya Musa a.s terselamat dari kekejaman Firaun Duhai adikku Lembut wanita itu bukan lemah Tetapi senjata Namun wahai kakakku Wanita itu fitnah dunia Pernahkah adikku dengar Pesanan Ilahi pada hambanya? “Wahai lelaki yang beriman, tundukkanlah pandanganmu dan tutuplah auratmu” Cuba adik nilai Pada siapa terlebih dahulu Allah dahulukan pesanannya? Pada hamba yang bergelar Ar-Rijal Kerana andai si lelaki menjaga pandangannya Mak tidak mungkin terlihat akan wanita yang menjadi fitnah pada dirinya Dan, tidaklah Allah lupakan pesanan buat wanita Agar memelihara auratnya Kerana di situlah kehormatannya Bukan fitnah se

Ukhwah itu manis.^_^

Image
بسم الله الرحمن الرحيم Alhamdulillah...syukur nikmat, kepada Tuhan yang memberi rahmat. Ya Allah, manisnya nikmat yang satu ini. Nikmat UKHWAH. Sayangnya kepada sesiapa yang tidak menghargai nikmat ukhwah. Dengan nama-Mu Ya Allah, Kami berlindung kepada-Mu, Agar dijauhi daripada sebarang bahaya, Kukuhkanlah ikatan ukhwah, Yang telah tersimpul, Di atas nama-MU, Kami saling mengasihi, Kerana-Mu. Segala pahit manis, Yang kami lalui, Menjadikan kami kuat, Untuk menghadapi dugaan mendatang, Kuatkanlah Ikatannya, Kuatkanlah ikatannya, Kuatkanlah ikatannya...