Posts

Showing posts from April, 2012

BERSIH 3.0

Image
Dengan Nama Allah Yag Maha Pemurah... Alhamdulillah, Allah benarkan aku untuk meneruskan tugasan aku. Baru tahu rasa banyak assignment nak kena siapkan, quiz bertimpa, test berderet. Allah...Allah...Allah... Baru sikit Allah bagi ujian. Dah mengeluh. Haish... Orang yang banyak mengeluh ni tak de rezeki. Bersyukur dengan apa yang ada. Carilah hikmah disebalik kerja-kerja yang berlambak tu.

Nah buah tangan dari KL. Dapat juga kongsi pengalaman bersama-sama rakyat Malaysia menuju ke Dataran Merdeka.

Sebelum menuju ke destinasi, saya dan sahabat-sahabat memasuki sebuah restoran bersebelahan dengan bangunan SOGO. Di awal pagi dalam jam 8, keadaan masih lagi tenang. Walaupun polis sudah kelihatan. Jam 9 ke 10 pagi trak polis melintasi kawasan SOGO. Ada dalam 2 ke 3 trak. Siap sedia untuk mengangkut peserta yang konon-kononnya akan mengganas. Kelihatan di celah-celah bangunan ramai peserta yang berkumpul di SOGO. Ingin memastikan keadaan selamat agaknya. 


Kami menuju ke bangunan SOGO untuk …

UTMost Imagination ***

Image
Assalamualaikum,
Alhamdulillah atas segala nikmat yang Allah kurniakan. Hari ini hari ketiga (31 Mac 2012) karnival kreatif dan inovasi, UTMost Imagination. Hari ini saya bertugas pada waktu pagi. Subhanallah, hujan turun tidak henti-henti. Terketar-ketar bawa motor. Alhamdulillah, selamat sampai di padang kawad.

Tapak karnival dibasahi hujan. Saya dan sahabat saya menuju ke khemah utama untuk memulakan tugas. Wah, sejuk. Sebelum tu, ronda-ronda dulu booth yang ada.


Alhamdulillah, penat tapi aiskrim punya pasal hilang rasa penat. =) Cukup dulu coretan pada hari ini. Will be continued tomorrow (1 April 2012) InsyaAllah.