Posts

Showing posts from June, 2013

Aku dan buku|Ada sejarahnya

Image
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan besar, kekasih Allah, Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda. "Banyaknya buku awak Sakinah. Nak pinjam." Adibah membelek-belek buku yang tersusun di meja study . "Pinjamlah. Ada lagi buku yang tak habis baca, tapi ambillah baca dulu." Adibah kelihatan teruja sejurus masuk ke bilikku. Buku, kini menjadi teman setia. Jika ada masa lapang pasti aku akan membukanya sampailah terlelap. Tika menunggu bas pasti aku akan menghabiskan satu ke dua muka.  Suatu masa dahulu membaca buku bukanlah menjadi hobi aku. Sindrom malas yang merajai jiwa, komputer menjadi keutamaan. Itu dulu. Setelah melalui satu episod tarbiyah yang tak mungkin aku lupakan, timbul kecintaan terhadap buku. Ketika itu aku diasak soalan-soalan yang wajar bagi seorang muslim tahu. Soalan-soalan berkaitan isu semasa, soalan berkaitan ibadah, sirah dan sebagainya. Oh, banyaknya