Posts

Showing posts from December, 2013

22

Image
Dengan Nama Allah Alhamdulillah, dengan izin Allah aku dapat lagi menikmati pemberian-Nya. 28.12.2013 Genap 22 tahun umurku. Terima kasih buat ayah dan emak yang melahirkan, membesarkan, mendidik anakmu yang seorang ini.  Doa kalian amat bernilai. Ya Allah, Ya Rahman, kasihilah kedua-dua ibu bapaku ampuni dosa-dosa mereka Ganjarkan di setiap amal mereka pahala yang berganda Emak dan ayah, maafkan segala kesalahan yang mengguriskan hati maafkan segala kekurangan yang tidak mampu ditunaikan Aku hanya seorang hamba yang lemah Bisa tersilap mencatur langkah sering alpa dengan godaan dunia buat adik-adik maafkan kak long yang kurang bertanyakan khabar maafkan kak long yang kurang sabar dengan karenah kalian buat sahabat-sahabat seperjuangan maafkan diri ini andai sepanjang bersama-sama gerak kerja kurangnya fokus terhadap kerja andai kurangnya keterlibatan dalm memberi idea buat pensyarah-pensyarah, gur

MASA

Dengan Nama Allah, Maha Pengasih, Maha Penyayang. Alhamdulillah atas segala nikmat. Masa Jam minit saat berlalu tanpa kita sedari Kadang-kadang lambat kadang-kadang cepat Allah bersumpah demi masa Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian kecuali mereke yang beriman dan beramal soleh serta saling menasihati  kepada kebenaran dan menasihati  kepada kesabaran Banyak manusia rugi kerana tidak menjaga masa banyak manusia rugi kerana tidak menggunakan masa dengan baik Masa tidak dapat dikembalikan semula Walau ingin dibayar dengan intan permata Hargailah masa! اللهم صلى على محمد