Posts

Showing posts from March, 2014

T_T

Aku masuk ke ruang solat utama masjid. Kelihatan ramai orang berpusu-pusu mencari telekung untuk digunakan ketika solat nanti. Ada yang terus sarung, ada yang simpan di beg masing-masing sementara mengambil wudhuk. Aku duduk sambil menyandar di dinding. Posisi yang ku pilih adalah berhampiran dengan pintu masjid. Ah, enaknya jika dapat melelapkan mata buat seketika. Iqamat berkumandang. Aku tidak sempat untuk tidur. Segera aku mengenakan kain telekung dan memasuki saf-saf yang lompang. Alhamdulillah. Saf dirapatkan. Terasa segar. Kekuatan merapatkan saf ketika solat dapat mengecas semula tenaga untuk kembali bekerja. Usai solat, aku berundur beberapa langkah. Mengambil tempat yang jauh sedikit daripada laluan manusia-manusia untuk keluar. Sekali lagi aku memilih tempat menyandar iaitu tiang. Aku lentokkan kepala sambil mendengar ta'alim yang disampaikan oleh imam solat sebentar tadi. Selang beberapa minit. Ayat-ayat yang disampaikan imam itu menyentuh hati aku. Air mataku

sometime, i think i'm so weak...

But Allah, help me to face all those things that You plan for me. Sometimes, I feel that I'm the best, But no.. I'm not the best.. Your Messenger is, was and forever good, better and best person in this world... Aku bukanlah manusia yang sempurna serba-serbi. Dan tak akan pernah jadi manusia yang sempurna dari segi perbuatan, Cuma usaha untuk ke arah kesempurnaan itu perlu ada. Kesilapan, kekhilafan,kekeliruan yang pernah dan biasa aku buat adalah disebabkan fitrah diri yang an-nisyaan. Manusia memang mudah dan cepat lupa. Taubat Jalan yang paling disukai Allah Allah rindu hamba-Nya yang kembali kepada-Nya Fitrah manusia perlukan tempat pergantungan Jangan kecewa dengan cinta Allah Rindukan jannaah Rindukan jalan syahid Rindukan amalan menuju mardhatillah Bangkitlah wahai diri Usah berputus asa untuk kembali mencari kembali cinta yang pudar Jangan biar diri terus rapuh dan terus hanyut dek onak duri dunia Kuatkan semangat!