Posts

Showing posts from January, 2011

Secebis Ihsan

Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang masih membenarkan hamba ini menggunakan kudrat yang ada mencoretkan idea di sini. Gunakan nikmat pancaindera yang telah diberikan. Mari kita lihat suasana dunia sekarang. Pemimpin telah menjadi seperti singa kelaparan. Tidak keterlaluan jika dikatakan zalim. Di mana lagi ruang untuk rakyatnya mengadu nasib? Macam hamba yang lemah ini, hanya boleh memberi komentar di blog sahaja. Jika diizinkan Allah, mahu sahaja berhadapan dengan mereka. Isu di Mesir, demonstrasi terhadap Presiden Hosni Mubarak. Rakyat memprotes supaya beliau berundur daripada tampuk pemerintahan negara itu. Sebabnya, pemerintahan kuku besi disamping menjadikan Amerika Syarikat sebagai tulang belakang pemerintahan beliau. Bila sudah meminta bantuan negara kuasa besar itu, tidak hairanlah pemerintahannya seperti singa kelaparan, malah kucing yang jinak pun boleh menjadi garang. Manakan tidak, penyakit umat sekarang al-wahn. Gila segala-galanya. Korupsi dikalangan sesetengah pemi

First Year Experience!

Image
بسم الله الرحمن الرحيم Alhamdulillah...Hujung minggu baru-baru ini, 1SSC telah mencipta rekod masing-masing, baik yang pernah atau tidak pernah mendaki gunung. Hari Sabtu bersamaan 15 Januari 2011, kami telah berjaya menawan Gunung Angsi yang dikatakan mudah, pada hakikatnya amatlah susah untuk didaki.  Hari pertama tiba di tempat kejadian... 14 Januari 2011, Hari sudah gelap, Waktu maghrib, Macam mana la keadaan tempat ni ye... Hujan pulak, Sabar je la,  nak tengok pemandangan yang indah (InsyaAllah) Pada malamnya, Pasang khemah, Wah cam mane nih... umm buat2 pandai je la... eh.. dah siap la..(pandai2...) Makan malam, ups,,,x selera sangat, Bahulu, kek, (wah, sedap gak)(makan je la,lapoo...) Solat jamak Isya'+maghrib Sedikit taklimat + kata-kata semangat - pelemah semangat( by RAZ...) Dah penat menadah telinga masuk tidur, sebelum tu bagi group yg kene hirasah (jaga campsite) Group aku x kena..ngee3... 15 Februari 2011 Bangun

Menguasai Dua Ayat (1)

بسم الله الرحمن الرحيم Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi yang masih lagi mengurniakan kepada hamba untuk menempuhi kehidupan ini. Mungkin belum terlambat lagi untuk mengucapakan Selamat Tahun Baru 2011. Semoga pada tahun ini bertambahlah kecintaan kepada Allah S.W.T. Bercerita mengenai dua ayat yang ajaib. Apakah dua ayat yang ajaib itu? Pagi tadi, pada jam 8.00 pagi, aku menjengah ke ruangan menonton televisyen untuk mengisi masa yang terluang. Tengah sibuk menekan butang untuk menonton siaran yang menarik, walaupun hati ini selalu mengungkap “Apalah yang ada kat TV tu,” aku terhenti di siaran TV9, Dekat di Hati. Waktu itu rancangan  Muqaddimah sedang di tayangkan. Melihat penyampai pada waktu itu ialah Dr. Danial Zainal Abidin, aku mengambil keputusan untuk bersarapan di hadapan TV sahaja. Tajuk yang di kongsikan pada hari yang redup dan berangin ni, ialah Menguasai Dua Ayat. Dua Ayat. Apakah ayat-ayat itu. Dari tadi lagi tanya. Tak jawab-jawab. Hehe... Ayat yang

Sahabat.....

Sahabat Album : Kiasan Naluri Munsyid : Amar http://liriknasyid.com Ingin aku singkap kembali Kenangan lama agar bersemi Inginku ulangi kisah manis Agar terus bersemadi Ingatlah aku sebagai rakanmu Kenaglah daku dalam doamu Begitulah indahnya kisah dahulu Engkau sebagai temanku Apabila engkau terjaga Satukanlah harapanku denganmu Kerana ianya bakal berpadu Mimpi si penunggu yang setia Layarkanlah impian doamu Sesungguhnya aku masih mengingatimu Sebagai kawan rakan dan teman Semoga kita diberkati Allah Kudoakan kepadamu agar bahagia Di dunia dan akhirat Lagu: AMAR Lirik: AMAR Album : Kiasan Naluri