UTMost Imagination ***

Assalamualaikum,
Alhamdulillah atas segala nikmat yang Allah kurniakan. Hari ini hari ketiga (31 Mac 2012) karnival kreatif dan inovasi, UTMost Imagination. Hari ini saya bertugas pada waktu pagi. Subhanallah, hujan turun tidak henti-henti. Terketar-ketar bawa motor. Alhamdulillah, selamat sampai di padang kawad.


Tapak karnival dibasahi hujan. Saya dan sahabat saya menuju ke khemah utama untuk memulakan tugas. Wah, sejuk. Sebelum tu, ronda-ronda dulu booth yang ada.


Chemical Garden dari Jabatan Kimia, Fakulti Sains.
Pertandingan Mewarna
Hasil Karya
Cantik adik ni lukis.
Lampu LED
Pelajar sekolah sedang menguji minda.

Hujan, tapi masih ramai yang turun padang.
Lihat imej 3D
Pusing-pusing. Pening eh tengok.


 Sebelum balik, makan aiskrim. Walaupun  batuk, ini adalah salah satu ubat.hehe...

Alhamdulillah, penat tapi aiskrim punya pasal hilang rasa penat. =)
Cukup dulu coretan pada hari ini. Will be continued tomorrow (1 April 2012) InsyaAllah.

Popular posts from this blog

Lampu jalan.

Doa Masuk dan Keluar Tandas