Posts

Showing posts from February, 2011

Rindunya padamu.

بسم الله الرحمن الرحيم Alhamdulillah, segala pujiian bagi Allah. Masih lagi memberi nikmat keimanan pada hamba ini. Nikmat yang paling berharga. Tidak dapat dibayagkan jika nikmat ini ditarik. Nauzubillah. Cuba ingat kembali, siapa lagi kita patut cintai? Satu lagi bentuk kecintaan yang tak dapat diungkap dek kata-kata. Ya Rasulullah, kekasih Allah. Muhammad Bin Abdullah, manusia paling berpengaruh dan contoh ikutan paling ulung sepanjang zaman. Mari singkap kembali kisah-kisah perjuangan baginda. Mari semai semula kecintaan terhadap Nabi Muhammad S.A.W. Cintai Rasulullah Bagaimana ingin mencintai Rasulullah? Amalkan sunnahnya. Begitu senang untuk diungkapkan dan sudah pasti senang juga untuk dilaksanakan. InsyaAllah. Ingatkah kita kepada peperangan Badar? Perang pertama dalam sejarah Islam? Ya. Perang itulah Allah menangkan Islam. Rasulullah memohon kepada Allah supaya Islam menang. Masakan tidak, bolehkah kita nikmati Islam sehingga saat ini? Jika Islam tidak m

Cintaku pada siapa?

بسم الله الرحمن الرحيم Alhamdulillah , segala puji bagi Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam bagi junjungan mulia Rasulullah S.A.W. Syukur kepada Allah S.W.T. kerana masih lagi memberi nikmat oksigen untuk bernafas di muka Bumi ini. Sedikit perkongsian yang telah hamba ini perolehi pada hari Jumaat bersamaan 11 Februari 2011. Satu lagi ilmu yang ingin hamba kongsikan berkenaan CINTA. Apabila bicara tentang cinta, pasti orang akan membayangi cinta terhadap kekasih, iaitu cinta sesama makhluk yang berlawanan jantina. Hanya cinta itulah yang terlintas difikiran. Tetapi, apakah cinta yang paling hakiki? Cinta yang sebenar-benar cinta ialah kepada Allah S.W.T. Cinta yang paling sukar diterjemah dengan kata-kata. Sejauh mana cinta kita kepada Allah? Bagaimana kita menunjukkan cinta kepada-Nya? Sila muhasabah semula. Apakah nikmat yang tiada pada kita? Mata? Ada. Telinga? Ada. Tangan? Ada.Hidung? Ada? Mulut? Ada. Alhamdulillah . Tidak terhitung nikmat yang Allah berikan kepada kita? P