Posts

Showing posts from December, 2014

UJIAN

Image
انا لله و انا اليه راجعون Ayat itu sahaja yang mampu keluar dari mulut apabila melihat gambar-gambar suasana banjir di Pantai Timur. Ujian banjir yang melanda Pantai Timur khususnya negeri tempat tinggal keluargaku, Kelantan membuatkan aku bermuhasabah diri betapa ujian yang Allah turunkan kepada hamba-Nya adalah untuk mendekatkan diri kepada-Nya. Perit untuk menerima. Walaupun rumah keluargaku tidak digenangi air bah, tetapi jika dilihat penduduk-penduduk sekitar yang rumahnya ditenggelami air, habis harta benda rosak, mungkin pakaian sekolah anak-anak mereka yang baru dibeli juga rosak dan bermacam-macam lagi perkara yang mengusik hati, timbul rasa sayu jauh di sudut hatiku.  Bagaimana hendak memulakan persekolahan anak-anak nanti? Rumah sudah ditenggelami air, jalan darat banyak yang terputus. Allah, ujian itu bagi hamba-Nya yang kuat, yang tabah, supaya kami lebih kuat dan tabah lagi meminta pertolongan kepada-Mu. Melihat sahaja sudah terasa payahnya. Bagaimana pula de