Posts

Showing posts from 2014

UJIAN

Image
انا لله و انا اليه راجعون Ayat itu sahaja yang mampu keluar dari mulut apabila melihat gambar-gambar suasana banjir di Pantai Timur. Ujian banjir yang melanda Pantai Timur khususnya negeri tempat tinggal keluargaku, Kelantan membuatkan aku bermuhasabah diri betapa ujian yang Allah turunkan kepada hamba-Nya adalah untuk mendekatkan diri kepada-Nya. Perit untuk menerima. Walaupun rumah keluargaku tidak digenangi air bah, tetapi jika dilihat penduduk-penduduk sekitar yang rumahnya ditenggelami air, habis harta benda rosak, mungkin pakaian sekolah anak-anak mereka yang baru dibeli juga rosak dan bermacam-macam lagi perkara yang mengusik hati, timbul rasa sayu jauh di sudut hatiku.  Bagaimana hendak memulakan persekolahan anak-anak nanti? Rumah sudah ditenggelami air, jalan darat banyak yang terputus. Allah, ujian itu bagi hamba-Nya yang kuat, yang tabah, supaya kami lebih kuat dan tabah lagi meminta pertolongan kepada-Mu. Melihat sahaja sudah terasa payahnya. Bagaimana pula de

Kenali diri melalui teguran orang lain.

Image
بسم الله الرحمن الرحيم Setiap daripada kita pasti tidak dapat lari daripada kesilapan. Siapalah diri kita jika tidak dinamakan dengan manusia. An-nisyan yang bisa melakukan kesilapan. Manusia itu memang mudah lupa. Allah hadirkan orang-orang disekeliling untuk menegur kita. Bagi pihak diri kita ini, terimalah teguran itu dengan positif. Jangan simpan sebarang dendam terhadap orang yang memberi teguran itu. Maafkan dia jika tersilap. Binalah diri dengan teguran yang diterima. Bukan semua orang boleh kenalpasti kesilapan sendiri. Kadang-kadang perlukan orang lain untuk membantu kenalpasti kelemahan dan kesilapan diri sendiri. Mintalah bantuan daripada orang-orang yang terdekat dengan diri kita untuk menegur kita. Terima kasih Allah.  اللهم صلى على محمد وعلى اله وصحبه وسلم

In the offing

Bismillah... Jauh perjalanan ini... kuat lemah sabar marah sedih gembira macam-macam perasaan Oh Syurga! Segar kuat tabah sabar positif ke arahnya Oh Neraka! takut semoga dijauhi daripada dicampakkan ke dalamnya Oh Rasulullah! Kekasih yang dicintai sahabat yang sejati ayahanda yang pengasih nenda yang penyayang khalifah yang perkasa inginku ikut sunnahmu dan para isterimu Oh Allah! Maha Pengasih Maha Penyayang Maha Pengampun Maha Penerima taubat terimalah hamba-Mu ini Oh emak! penyayang sabar kuat tabah anakmu ini menagih maafmu menagih redhamu menagih rindu dan peluk ciummu Oh ayah! sabar kuat tabah anakmu ini menagih redhamu menagih maafmu menagih rindu dan peluk ciummu Tak mungkin aku lupakan perjalanan hidup ini Alhamdulillah

Apabila hidayah menerpa

Image
بسم الله الرحمن الرحيم Alhamdulillah atas nikmat yang Allah berikan kepada setiap makhluk-Nya. Beberapa hari yang lepas aku dan sahabat-sahabat berpeluang mengembara ke bumi Sonata. Satu tempat di mana penduduknya tinggi dengan teknologi. Namun, apa yang menyedihkan amat sedikit sekali yang kenal kepada penguasa teknologi yang Maha Agung. Sepanjang pengembaraan, kami dihidangkan dengan pemandangan kota metropolitan, Seoul di Korea Selatan. Serba sedikit coretan yang mampu diungkapkan apabila menjejaki bumi Korea. Kehidupan warga Korea yang senantiasa sibuk sepanjang masa, menimbulkan tanda tanya dibenak fikiranku. Apakah yang mereka cari? Setiap masa mereka sibuk dengan gadjet mereka. Setiap kali memasuki keretapi bawah tanah di negara itu, pastinya mereka dengan gadjet mereka sendiri. Mereka hanya senyap dan membuat hal masing-masing. Mungkin bagus dan tidak mengganggu orang lain. Mungkin juga itu budaya yang dididik kepada mereka sejak kecil. Siapa tahu. Walaubag

T_T

Aku masuk ke ruang solat utama masjid. Kelihatan ramai orang berpusu-pusu mencari telekung untuk digunakan ketika solat nanti. Ada yang terus sarung, ada yang simpan di beg masing-masing sementara mengambil wudhuk. Aku duduk sambil menyandar di dinding. Posisi yang ku pilih adalah berhampiran dengan pintu masjid. Ah, enaknya jika dapat melelapkan mata buat seketika. Iqamat berkumandang. Aku tidak sempat untuk tidur. Segera aku mengenakan kain telekung dan memasuki saf-saf yang lompang. Alhamdulillah. Saf dirapatkan. Terasa segar. Kekuatan merapatkan saf ketika solat dapat mengecas semula tenaga untuk kembali bekerja. Usai solat, aku berundur beberapa langkah. Mengambil tempat yang jauh sedikit daripada laluan manusia-manusia untuk keluar. Sekali lagi aku memilih tempat menyandar iaitu tiang. Aku lentokkan kepala sambil mendengar ta'alim yang disampaikan oleh imam solat sebentar tadi. Selang beberapa minit. Ayat-ayat yang disampaikan imam itu menyentuh hati aku. Air mataku

sometime, i think i'm so weak...

But Allah, help me to face all those things that You plan for me. Sometimes, I feel that I'm the best, But no.. I'm not the best.. Your Messenger is, was and forever good, better and best person in this world... Aku bukanlah manusia yang sempurna serba-serbi. Dan tak akan pernah jadi manusia yang sempurna dari segi perbuatan, Cuma usaha untuk ke arah kesempurnaan itu perlu ada. Kesilapan, kekhilafan,kekeliruan yang pernah dan biasa aku buat adalah disebabkan fitrah diri yang an-nisyaan. Manusia memang mudah dan cepat lupa. Taubat Jalan yang paling disukai Allah Allah rindu hamba-Nya yang kembali kepada-Nya Fitrah manusia perlukan tempat pergantungan Jangan kecewa dengan cinta Allah Rindukan jannaah Rindukan jalan syahid Rindukan amalan menuju mardhatillah Bangkitlah wahai diri Usah berputus asa untuk kembali mencari kembali cinta yang pudar Jangan biar diri terus rapuh dan terus hanyut dek onak duri dunia Kuatkan semangat!

Doa Keluar Masjid

Image
بسم الله الرحمن الرحيم اللهم صلى على محمد Selesai ibadah kita di masjid pohonlah doa kepadanya Semoga langkah kita seterusnya mendapat keredhaan daripada-Nya ^_^

Doa Masuk Masjid

Image
بسم الله الرحمن الرحيم اللهم صلى على محمد Apabila ingin masuk ke masjid bacalah doa terlebih dahulu. Apabila sudah berada di dalam masjid lakukanlah solat sunat tahiyyatul masjid bagi menghormati masjid ^_^

Doa Keluar Tandas

Image
بسم الله الرحمن الرحيم اللهم صلى على محمد Apabila sudah keluar dari tandas bacalah doa ini bersyukur kepada Allah kerana menghilangkan kekotoran daripada tubuh badan kita Syukur Ya Allah ^_^

Doa Masuk Tandas

Image
بسم الله الرحمن الرحيم اللهم صلى على محمد Sebelum masuk ke tandas bacalah doa Memohon perlindungan daripada syaitan ^_^

Doa Agar Dipermudahkan Urusan

Image
بسم الله الرحمن الرحيم اللهم صلى على محمد Semoga urusan kita dipermudahkan oleh Allah S.W.T Usaha Doa Tawakal ^_^

Doa Ketika Ditimpa Musibah

Image
Musibah datang tanpa kita jangka. Ketentuan yang Allah tetapkan kepada kita haruslah diterima dengan redha. Semoga Allah menggantikan sesuatu yang baik atas kesabaran kita menghadapi musibah. ^_^

Doa Agar Dapat Membayar Hutang

Image
Berdoalah supaya kita bebas daripada bebanan hutang. Jika kita berhutang mohonlah pada Allah  supaya kita mudah melangsaikan hutang. ^_^

Doa Agar Memperolehi Ilmu yang Bermanfaat

Image
Maksud: Ya Allah kami berlindung daripada ilmu yang tidak bermanfaat, dan daripada hati yang tidak khusyu', dan daripada doa yang tidak didengari, dan daripada nafsu yang tidak puas. Ya Allah kami berlindung daripada syak wasangka dan daripada kemusyrikan dan daripada munafiq dan keburukan akhlaq. Ilmu yang bermanfaat merupakan satu bentuk talian yang tidak putus kepada kita sehinggalah kita meninggal dunia. Sebarkanlah ilmu untuk kegunaan orang ramai agar kita dapat membangunkan semula ummah. ^_^

Doa menuntut ilmu

Image
Sebelum kita memulakan pembelajaran, eloklah jika mebaca doa ini. Semoga kita mudah memperolehi ilmu dan dapat digunakan untuk kegunaan ummah. ^_^

Doa Nabi Ibrahim kepada dirinya dan zuriatnya

Image
Surah Ibrahim ayat 100 Surah Ibrahim Ayat 40 Semoga kita tergolong  dalam kalangan orang yang rajin berdoa,  dan mendirikan solat. ^_^

Doa Memohon Pasangan dan Zuriat yang Soleh

Image
بسم الله الرحمن الرحيم اللهم صلى على محمد Bermohonlah agar kita dikurniakan pasangan dan zuriat yang menjadi penyejuk mata Semoga kebahagiaan dalam keluarga dapat  menjadikan sumber kekuatan untuk meneruskan dakwah ^_^

Doa untuk Ibu dan Bapa

Image
بسم الله الرحمن الرحيم اللهم صلى على محمد Marilah berdoa untuk ibu dan ayah kita. Kasihilah mereka hormatilah mereka buat baik kepada mereka jasa mereka tidak dapat di balas walau dengan seisi dunia sekalipun ^_^

Doa Menaiki Kenderaan

Image
بسم الله الرحمن الرحيم اللهم صلى على محمد Apabila kita menaiki kereta atau motor atau van atau lori atau bas  atau apa-apa sahaja jenis kenderaan di darat, bacalah doa ini. Apabila kita menaiki kapal terbang  atau jet atau roket atau kapal selam atau apa-apa sahaja kenderaan di laut atau udara, bacalah doa ini. ^_^

Doa Masuk dan Keluar Tandas

Image
بسم الله الرحمن الرحيم اللهم صلى على محمد Sebelum masuk tandas bacalah doa Semoga kita dilindungi daripada gangguan syaitan Jagalah kebersihan tandas Sesungguhnya kebersihan itu sebahagian daripada iman ^_^

Doa Melihat Cermin

Image
بسم الله الرحمن الرحيم اللهم صلى على محمد Semoga Allah memelihara kita daripada akhlak yang tercela dan mengurniakan kepada kita akhlak yang terpuji seindah akhlak Rasulullah Sollallahu Alaihi Wassalam. ^_^

Doa Makan

Image
بسم الله الرحمن الرحيم اللهم صلى على محمد Bacalah doa sebelum dan selepas makan. Makanlah makanan dari sumber yang halal lagi baik  kerana makanan akan menjadi darah daging dalam tubuh kita. Semoga makanan yang kita makan  dapat memberikan tenaga untuk beribadah kepada Allah. Selamat beramal ^_^

Doa Memakai Pakaian

Image
بسم الله الرحمن الرحيم اللهم صلى على محمد Baca semasa memakai pakaian. Pakaian mestilah menutup aurat ^_^ Bagaimana ??? | | | | | | | | | | V

Doa Bangun daripada Tidur

Image
بسم الله الرحمن الرحيم اللهم صلى على محمد Amalkan apabila sudah terjaga dari tidur. ^_^ Mulakan hari kita dengan memuji Allah. ~ALHAMDULILLAH~