Posts

Showing posts from 2011

Melangkah tahun baru

Maha Suci Allah... Alhamdulillah...2011 bakal meninggalkan kita. Tahun 2012 bakal menjengah. Banyak memori terpahat dalam kalendar 2011. Ada yang manis, ada yang pahit. Setiap orang pasti ada catatan diarinya sendiri. Walau apapun yang kita lakukan, biarlah semuanya dalam keredhaan Allah S.W.T. Semoga rakyat negaraku tercinta berada dalam program tahun baru yang bermanfaat! =) Tak lupa juga: selamat menduduki peperiksaan kecil. ^^, Memori, walaupun pahit, Ia tetap berlaku, Memori, walaupun manis, tetap jua berlaku. Bagaimana mengingatinya, tak semudah melupakannya. Menilai pengalaman, sebagai metod tarbiyah, Rugilah jika sejarah hidup sendiri, dipandang sepi.

Di Usia Ini.

Image
بسم الله الرحمن الحيم Alhamdulillah atas segala nikmat. Di usia ini aku masih dapat merasai kasih sayang emak dan ayah. Di usia ini, aku masih dapat melanjutkan pelajaran. Di usia ini makan, pakai, dan segala kemudahan cukup tersedia. Apa lagi yang aku dapat di usia ini? Bagaimana saudara-saudara seIslamku di negara lain? Palestin, Afrika, Afghanistan, dan mana-mana lagi. Bagaimanakah keadaan mereka diusia ini? Dapatkah mereka merasai nikmat yang aku rasakan sekarang? Bagaimana pula saudara seIslamku di negara ini? Apa beza saudaraku di negaraku tercinta dan di luar negara? Sepanjang pemerhatianku mereka dapat berhibur, membeli belah, bersukan, menonton televisyen, melayari internet, dan macam-macam lagi aktiviti yang dapat mereka lakukan. Itu di negaraku tercinta. Di negara luar? Perang, rusuhan, pembunuhan, penindasan terhadap wanita dan kanak-kanak. Seharusnya rakyat negaraku tercinta bersyukur dengan nikmat yang ada. Lebih senang daripada susah. Tetapi, di usia ini

Seperti seorang ibu yang kehilangan anaknya.

Image
Nama sebenarnya Yusof, lahir di Tikrit (Iraq) pada tahun 543H atau 1138M. Ayahnya, Najmuddin Ayyub yang berbangsa Kurdis berasal dari Azarbaijan. Datuknya berpindah ke Baghdad dengan membawa dua orang putera bernama Najmuddin Ayyub (ayah Salahudin) dan Asadudin Syirkuwah. Kemudian ayahnya dilantik menjadi gabenor di Tikrit dan Asadudin dilantik menjadi panglima tentera. Sejak kecil, Salahudin diasuh oleh bapa saudaranya, Asadudin dengan ilmu ketenteraan dan diasuh oleh ayahnya dengan ilmu agama. Semasa kecil sehingga meningkat remaja, kehidupan Salahudin sama seperti kanak-kanak yang lain kerana tidak ada tanda-tanda dia akan menjadi masyhur apabila dewasa kelak. Lane-poole seorang ahli sejarah Inggeris menulis mengenai Salahudin. "Sebagai anak kepada gabenor yang disukai raja, beliau memang menduduki tempat istimewa tetapi beliau tidak menunjukkan tanda-tanda kehebatan yang bakal tiba. Sebaliknya beliau mempamerkan contoh jiwa yang tenang dan menjauhi kelesuan pemikiran

Bangunlah, jangan lemah!

Image
بسم الله الرحمن الرحيم Alhamdulillah atas nikmat dan peluang yang diberikan kepada aku untuk mencoret di ruangan ini. Semuanya dengan izin Allah S.W.T.  Dalam hidup ini tak semua perkara kita suka. Tak semua perkara kita tak suka. Perkara yang kita tak suka tu tak semestinya tak baik untuk kita, dan perkara yang kita suka tu tak semestinya baik untuk kita.  "Tetapi, boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah, 2:216) Subhanallah. Allah dah bagi tahu akan keadaan kita. Kadang-kadang kita ni selalu mengeluh. Kenapa la banyak sangat masalah? Kenapa la kawan aku macam ni? Kenapa la itu, ini. Macam-macam lagi la. Tapi, pernah ke kita fikir, kenapa semua benda ni jadi pada aku? Pernah ke kita cuba tenangkan hati kita, dengan bersangka baik atas setiap kejadian yang berlaku pada diri kita?  Allah tak jadikan setia

Kenapa jadi cam ni?

بسم الله الرحمن الرحيم Alhamdulillah, atas nikmat yang masih Allah bagi pada hambanya yang lemah ini. Lama kiranya hamba meninggalkan laman yang banyak sawang ni. :P... Tetibe je rase terkilan dan sakit jugak la hati ni, bila tengok kawan-kawan yang obses sangat meletakkan gambar yang tak menutup aurat di laman muka buka dorang. Kalau setakat dorang je yang tengok xpe. Bila sampai je mata empat ni tengok, panas sangat...Huuu...(amik wudhuk sat). Nak sedap lagi, tengok komen kawan lelaki dorang. Tu yang dimahukan sebenarnya kan. Puji-memuji bagai. Allah, bagi hidayah pada kawan2 aku ni. Mana letakknya rasa malu yang Allah campakkan dalam diri seorang wanita? Sebagai seorang muslimah, hamba nak menegur sahabat2, rakan taulan, n kawan2 yang hamba sayangi kerana Allah, tolong la jangan letak gambar tanpa menutup aurat dengan sempurna. Macam ni je la kuasa yang ada pada hamba. Menulis kat blog yang sepi ni. Terbaca tu nasib, ambillah sebagai nasihat yang amat berguna. Harap sangat dap

Sakinah...Muhasabah diri anda...

Image
Dimulakan dengan nama Allah... Allahu Akbar! seorang insan yang bernama di atas... sila pastikan anda sentiasa muhasabah diri anda... Mutabaah amal... Sila jaga... Dilarang sama sekali untuk membuang masa... Masa yang telah berlalu tak akan dapat diundur kembali... Muhasabah diri anda... Selama anda menjadi manusia yang serba kerdil dan lemah, janganlah bersifat riak, takbur, sombong, ujub, dan segala macam sifat mazmumah yang tercela tu... sila hindarkan daripada sekalian sifat itu... Jauhi maksiat... Ingat dan yakinlah bahawa dengan Allah sahaja tempat mohon pertolongan, perlindungan... Hanya Allah... Bersyukur pada Allah di setiap waktu.. helaan nafas Allah kurniakan tu bukan boleh beli kat mana-mana... Allah bagi percuma lagi tu... Nak bayar balik? Jangan berangan la... seluruh isi alam ni x mampu nak bayar balik... Alhamdulillah..Alhamdulillah...Alhamdulilah... Urusan dengan manusia... Sila pastikan hubungan baik anda sesama

Bantu aku, Ya Allah.

Image
"Ya Allah,  aku meminta dengan ilmu yang ada pada-Mu,  pilihan yang terbaik bagiku. Aku minta ditetapkan urusanku ini sesuai kehendak-mu. Aku memohon kurnia-Mu yang agung,  kerana Engkaulah yang menetapkan,  sedang aku tidak boleh menetapkan. Engkau tahu sedang aku tidak tahu. Engkaulah yang mengetahui tentang perkara-perkara ghaib." "Wahai Allah,  bila menurut-Mu urusan ini baik bagi diriku, agamaku, kehidupanku dan juga baik akibatnya, maka tetapkanlah hal  itu untukku." "Namun, jika menurut-Mu urusan ini buruk bagi diriku, agamaku, kehidupanku  dan juga buruk akibatnya,  maka jauhkanlah hal itu dariku dan jauhkanlah aku dari hal itu. Tetapkanlah selalu kebaikan untukku, biar apapun keadaannya lalu jadikanlah aku reda kepadanya.  

Majlis Perujian Tilawah Al-Quran, MAKUM 2011

Image
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang. Jom sama-sama memeriahkan.

Seharusnya...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. Mulai terasa tanggungjawab semakin besar. Cuba mengadaptasi dengan suasana. Cuba menjadi lebih tabah.  Amanah yang sangat berat.  Meninggalkannya amatlah buruk impaknya. Didik diri menjadi lebih sistematik. Tersusun rutin harian. Tak perlu nak dengar ugutan-ugutan atau hasutan luar. Buang masa je. Masalah ummat lagi penting. Mungkin hasutan tu satu masalah ummat juga. Cuba cari pendekatan yang lebih baik. Sentiasa muhasabah diri. Kesalahan orang lain, mungkin berpunca dari diri kita sendiri. ~~~ketenanganN~~~ (hari ni lebih baik dari hari semalam)

Syukur... lagi dan lagi...

Dengan nama Allah... Subhanallah, Alhamdulillah hidup lagi hamba pada hari aku mencoret coretan ini. Tiada yang dapat aku katakan selain kalimat kesyukuran kerana masih lagi berada dalam nikmat yang paling besar iaitu nikmat Islam dan Iman.  Semuanya atas hidayah yang Allah berikan kepada hamba-Nya yang Dia kehendaki. Bertuahnya kerana terpilih.  Walaupun terasa diri tidak sempurna, akan aku cuba untuk menjadi hamba yang terbaik. InsyaALLAH.  Walau bagaimanapun, ujian tetap tidak pernah lari dari hidup ini.  Rehat?  Tiada makna rehat selagi nyawa dikandung badan. Allahu Rabbi... Hamba bermohon kepada-Mu, Ampunilah dosa-dosaku, Ampunilah dosa kedua-dua ibu bapaku, Ampunilah dosa orang yang telah memberi ilmu kepadaku, Ampunilah dosa sahabat-sahabat seperjuanganku, Ampunilah dosa adik-adikku, Ampunilah dosa ahli keluargaku yang lain, Ampunilah dosa muslimin, muslimat  yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia. ~Bimbang menjadi hamba yang

Kadang-kadang...

Image
Kadang-kadang kita kena ikut cakap orang... kadang-kadang tak perlu, kan? kadang-kadang diri kita sendiri menutup peluang untuk berjaya... kadang-kadang orang lain. Tetapi, banyanya dari diri sendiri, kan? kadang-kadang kita salahkan orang lain apabila sesuatu pekerjaan tak sempurna.. kadang-kadang orang lain, tetapi kesilapan tu sebenarnya banyak dari diri sendiri... betul kan? kadang-kadang kita selalu marahkan orang tetapi kita benci apabila orang marahkan kita pernah fikir ke orang bencikan kita? Pernah ke? kadang-kadang kita selalu marah budak-budak kecil yang selalu usik harta kita kadang-kadang kita pernah usik harta budak-budak kecil tetapi. kita pun pernah jadi budak kecil, kan? siapa tak pernah jadi budak kecil? kadang-kadang kita rasa malasnya nak solat tapi, pernah rasa ke yang orang akan solatkan kita nanti? ada rasa ke? kadang-kadang manusia selalu buat silap bagi diri yang mencoret ini walaupun manusia itu dikatakan sebagai sebaik-baik kejadian,

Oh Tanah Airku!

بسم الله الرحمن الرحيم  Alhamdulillah, segala puji bagi Allah. Selawat dan salam atas junjungan Rasulullah S.A.W dan sahabat-sahabat baginda.   Malaysia tanah airku. Emm...Apa dah jadi ye? Sekadar mengutarakan pandangan dari sudut hati, hamba yang kecil ini. Menerima segala kebaikan meninggalkan segala kemungkaran.   Maha Suci Allah yang memerintahkan hamba-Nya menyeru ke arah kebaikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan meninggalkan kemungkaran. Kenapa? Kerana habuannya ialah ia akan berjaya.  Bagaimana negara tercintaku ini? Rakyat di dalamnya? Telitikah maksud ayat ini? Pemimpinnya, fahamkah ayat ini? Jangan dikata ingin memperjuangkan Islam, dan berada betul di landasan yang benar jika ayat ini tidak difahami sebetul-betulnya.   Berjayakah jika di dalam institusi kekeluargaan sendiri masih belum mengikut undang-undang Allah? Berhakkah untuk memerintah negara? Banyak persoalan yang timbul di fikiran ini.  Seharusnya contoh kepimpinan yang terbaik adalah Ras

Tak tahu la...

Image
Tak tahu la kenape dgn aku... tak tahu la kenapa cam ni... aish...tak tahu la... Oh..Ya Allah... Always listen to me... I need You In every second I breath... Please don't let me alone... Please make my heart fill with Your eternal love... ~The Lover~

Ujian Pe plak nih???

Image
Alhamdulilllah...Alhamdulillah...Alhamdulillah... Sekarang ni musim final exam... macam2 usaha yang dah kita buat... solat hajat=> yang femes  mintak maaf=>pon femes gak beli alat tulis baru=>kekadang Lastly, minta doa sahabat2=>slalu gak... Apa yang paling penting dan utama kebergantungan sepenuhnya kepada Allah S.W.T. Dialah yang mengizinkan kita untuk merasai nikmat dan ujian. Dapat nikmat syukur... dapat ujian pun kena bersyukur. Allah masih ingat kita. Allah nak kita datang kepada-Nya, minta tolong pada Allah. Tak de orang lain yang dapat memberikan nikmat, ujian, kesenangan, kesusahan dan macam2 lagi selain Allah. Ya Allah, berilah ketenangan kepadaku. Ingatkan apa yang terlupa. اللهم ءعني على ذكرك وشكرك وحسني عبادتك اللهم افتح علينا فتوح العارفين ورزقنا فهما النبين والهام الملائكة المقربين برحمتك يا ارحم راحمين

Kepentingan solat 5 Waktu

Image
Allahu Akbar…!!! Allahu Akbar…!!! Allahu Akbar….!!! Dengar sahaja azan berkumandang, bingkas bangun mengambil wudhu’. Itulah kewajipan sebagai umat Islam. Perkara ini tidak boleh dipandang remeh. Solat adalah perintah daripada Allah S.W.T. “Sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar.Dan ketahuilah mengingat Allah (solat) itu lebih besar (keutamaannya daripada ibadah yang lain).” (Al-Ankabut: 45) 1 Demikianlah perintah Allah daripada ayat-Nya. Sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar. Sebelum pergi jauh lagi, mari sama-sama meneliti maksud solat. Solat dari segi bahasa ialah doa atau doa dengan sesuatu kebaikan. Daripada istilah syarak pula, solat bermaksud perkataan, perbuatan yang dimulakan dengan takbir berserta niat diakhiri dengan salam mengikut syarat-syarat yang tertentu 2 . Jika kita perhatikan semula pergeraka-pergerakan ketika solat, ia mempunyai hikmah-hikmahnya tersendiri. Bersyukur diberikan kefahaman tentang Isl

SYukur...

Image
بسم الله الرحمن الرحيم Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah... SYukur atas nikmat-nikmat yang Allah kurniakan kepadaku. Masih lagi diberi peluang untuk mencoretkan cerita-ceritaku ini. Subhanallah! luv this flower Subhanallah...

Ciri-ciri Muslim

1)     Berkata benar 2)     Tidak hasad dengki 3)     Ikhlas 4)     Menepati janji 5)     Akhlak baik 6)     Mempunyai sifat  malu 7)     Lemah lembut terhadap orang lain (Malu sebahagian daripada iman) 8)     Berasa simpati (faham dengan kesusahan orang lain) 9)     Bertolak ansur 10) Pemaaf 11) Senang kira dalam banyak urusan (Tak berkira)  12) Periang (Senyum itu sedekah ) 13) Sabar 14) Mengelak daripada memaki hamun orang 15) Tidak menuduh orang kafir, fasik sewenang-wenangnya 16) Bersederhana 17) Berhati-hati apabila berkata-kata (jangan merendahkan martabat orang lain) 18) Tidak mengambil tahu perkara yang tidak berkenaan dengan diri 19) Menahan diri daripada fitnah (fitnah lebih buruk daripada membunuh) 20) Tidak buruk sangka 21) Boleh simpan rahsia 22) Tidak bongkak dan sombong (rendah diri) 23) Tidak suka memperlekehkan orang 24) Hormati orang tua dan ulama 25) Bergaul dengan orang soleh 26) Berusaha melindu