Posts

Showing posts from 2018

Allahumma inni a'uzubika minal hammi wal hazan

Bismillah. Sahaja aku tajukkan entry kali ini dengan doa elakkan kesedihan. Sesungguhnya hadirnya rasa kecewa dan sedih itu datangnya daripada syaitan yang ingin menyesatkan manusia. Lebih-lebih lagilah pada jiwa wanita yang serba rapuh ini. Rapuh imannya. Entah kenapa rasa jauh sangat dengan Mu Ya Allah. Alpa sungguh hambuMu ini. Layak kah aku menjadi orang yang dipandang oleh Mu? Amal ibadat sekecik kuman itu pun berat nak lakukan. Tetapi hamba Mu ini minta syurga yang besar nikmatnya. Sedarlah diri wahai hamba yang hina. Kau sering lupa dengan ingatan Allah. Tetapi setiap kali dirimu sesat Allah tak pernah lupa untuk mendatangkan asbab untuk mengingatiNya kembali. Dia tak nak kau jauh dari Dia. Sebab dia cinta akan hamba Nya. Kau je yang tak sedar. Kau terlalu kejar cinta dan kasih manusia yang entah ingatkan kau atau tak. Baliklah ke pangkal jalan dan raihlah cinta yang hak. Satu satunya cinta yang benar kekal abadi.