Izinkan aku

Subhanallah.
Percaturan Allah sangat hebat. 
Izinkan aku mengucapkan rasa syukur sebanyak-banyaknya kepada Allah kerana masih lagi mengizinkan aku bernafas dan menjalani kehidupan ini. Ya Allah, izinkan aku untuk menyatakan rasa syukur kepada kerana mengurniakan sahabat-sahabat yang sama-sama dalm susah senang.

Perjalanan pulang

Menanti tibanya saat pulang ke kampung. Sudah hampir tiga bulan meninggalkan keluarga tersayang kerana menuntut ilmu. Semalam (12 Julai 2012), tiket bas jam 9.00 malam. Siap dibulatkan dengan pen merah lagi. Tanda perlu berada di tempat menunggu bas tepat pada masanya. Puas ku teliti, lalu aku masukkan ke dalam beg tanganku. Dengan semangat penuh membara, tetapi dalam hati ni berdegup kencang. Alamak, jam dah 9 lebih ni. Setibanya di tempat menunggu bas, kelihatan sebuah bas berhenti untuk mengambil penumpang. Betul ke bas tu? Hati ku bertanya. Tak kot. Biasanya bas tu datang lambat. Aku cuba menenangkan diri sendiri. Ditemani sahabat-sahabat seperjuangan, aku menelefon kaunter utama. Dikatakan bas sudah berlepas. Aku hanya mendengar makluman tersebut lantas menuju ke tempat menunggu bas tersebut. Aku mencari-cari jika ada bas yang berhenti di sekitar kawasan itu. Namun, hampa. Tiada bas yang sepatutnya aku naik. Aku dan sahabat-sahabat mula mengambil tempat duduk. Penat. Pelbagai tekaan untuk menyedapkan hati aku ni. Tak pelah, dengar je la. Jam 10.20 malam, bas ke Terengganu tiba. Aku dan sahabat-sahabat mula menyangka sesuatu. Ternyata bas ke Kelantan sudah lepas satu jam yang lalu. Bagi memastikan kesahihan sangkaan kami, seorang sahabatku bertanya kepada pemandu bas tersebut. Ternyata bas ke Kelantan sudah berlepas satu jam tadi. Lalu, dengan kecekapan  memujuk yang ada, sahabat-sahabatku memujuk pemandu bas untuk membenarkan aku menumpang bas ke Terengganu. Alhamdulillah ada satu tempat kosong. Rezeki aku pada waktu itu. Agak sulit juga apabila dikenakan bayaran RM 40 untuk tambang. Lantas sahabat-sahabatku mengeluarkan dompet mereka dan membayar tambang bas. Subhanallah, hati apa yang telah Engkau kurniakan kepada sahabat-sahabatku? Mereka sanggup mengeluarkan duit untuk aku  membayar tambang, sedangkan mereka sendiri pun memerlukan duit. Alhamdulillah, Ya Allah. 

Aku bergegas menaiki bas dan mengambil tempat duduk yang agak belakang. Setelah bas bergerak aku mula menghantar mesej kepada sahabat-sahabatku tanda terima kasih atas pengorbanan mereka. Menitis air mata ni. Terharu sangat-sangat. Selang beberapa minit, panggilan daripada ayah. Aku merenung telefon bimbitku. Ya Allah, apa aku nak bagi tahu ayah ni? Aku menjawab panggilan. Ayah meminta aku untuk berhenti di tempat lain bukan pada tempat yang kami janjikan sebelum ini. Aku tidak memberikan kata putus. Aku memberitahu ayah bahawa aku terlepas bas. Nada kecewa kedengaran. Aku meminta maaf, lalu ayah mematikan perbualan. Bagi tidak membiarkan ayah dan emakku risau, aku menghantar mesej untuk meminta maaf. Balasan mesej ayahku membuatku sangat-sangat tersentuh. Sekali lagi air mataku berderai. Kali ini agak lama. Ayah memaafkanku dan mengatakan bahawa kita hanya merancang dan Allah juga merancang, perancangan Allah lagi hebat. Aku tak mampu menahan air mata. Begini balasan yang Allah berikan kepada hamba-Mu yang kerdil ini. Apalah yang ada pada diriku sehingga Engkau membenarkan aku untuk pulang.

Dalam perjalanan ke Kuala Terengganu, bas rosak pada jam 1 pagi. Sehingga jam 3 pagi baru bas tersebut dapat bergerak semula. Namun, di tempat yang lain bas itu berhenti  untuk kali kedua. Ya bas itu rosak lagi. Lebih kurang jam 5 pagi kami bertukar bas. Perjalanan yang memenatkan. Alhamdulillah kami selamat tiba di Stesen Bas Kuala Terengganu lebih kurang jam 11.30 pagi. Kuala Terengganu tidak kurang sibuknya dengan Kota Bharu. 

Memang ada hikmahnya aku tertinggal bas semalam. Dpat juga cuci mata di Kuala Terengganu ni. Pantai yang cukup tenang, indah. Terima kasih kepada sahabatku yang sudi menumpangkan rumah untuk bermalam. InsyaAllah esok (14 julai 2012) aku balik ke kampung halamanku. 

Comments

Popular posts from this blog

Doa Masuk dan Keluar Tandas

Lampu jalan.