Sedar diri!


بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah atas segala nikmat yang Allah berikan. Dengan kasih sayang-Nya dapatlah hamba-hamba-Nya merasai nikmat yang pelbagai.
Sedarkah kita, selama kita hidup di atas muka bumi ini, kita hanya berpijak di alam fantasi. Hanya FANTASI!! Kenapa? Di mana letaknya Al-Quran dan As-Sunnah dalam hidup kita? Di mana letaknya akhlak mulia daripada Rasulullah S.A.W? Jadi selama ini, apa yang kita lakukan? Apa yang kita ikuti? Akhlak siapa yang kita contohi? Apa tujuan kita diciptakan sebenarnya?
Semuanya Allah dah beritahu dalam Al-Quran. Allah dah tegaskan saat malaikat meragui kenapa Allah nak cipta manusia yang bakal membuat kerosakan. Allah lebih mengetahui. Sejak penciptaan Nabi Adam manusia sudah membuat kerosakan. Melalui nabi-nabi yang lain, manusia sentiasa menzalimi dirinya sendiri. Allah mengutuskan nabi-nabi untuk menyeru ummatnya supaya kembali mengabdikan diri kepada Allah. Sehingga Nabi Muhammad diutuskan kepada ummatnya, manusia masih lagi berada di alam jahiliyah. Kerana apa? Hati mereka sudah tidak tembus dengan sinar cahaya iman. Pandangan mereka sudah dikaburi dengan tipu daya syaitan.
Itu pada zaman nabi-nabi Allah. Kekasih Allah. Kini, zaman beredar. Alat-alat teknologi semakin canggih. Walaupun Rasulullah tiada, namun wasiatnya masih kekal. Al-Quran dan As-Sunnah tidak akan luput sehingga kiamat. Wasiat  ini tidak akan pernah ketinggalan zaman. Pelbagai ragam manusia telah dilakonkan, pelbagai bencana sudah menimpa atas muka bumi ini, pelbagai teknologi telah diperkenalkan dan macam-macam lagi perkara yang telah berlaku. Semuanya telah menjadi sejarah. Ada yang direkodkan, ada yang dibiarkan sahaja hilang diingatan manusia dan ada yang mengubahnya.

Walaubagaimanapun, ayat-ayat Allah, surat cinta untuk hamba-Nya masih lagi kekal. Tiada siapa mampu mengubahnya walau satu huruf. Walau satu ayat. Ia tetap terpelihara. Kini, manusia zaman teknologi tinggi kian lupa daratan. Lupa siapa dirinya. Lupa siapa yang menciptanya, dan lupa bahawa dia ada rujukan untuk menjalani kehidupan ini. Bukan sahaja mesin mempunyai manual, bahkan manusia yakni makhluk juga punyai manual untuk hidup. Satu sahaja yang membeza manusia denagn makhluk lain, iaitu akal. Perkara ini sahaja manusia pandai atau tidak menggunakannya. Letaklah hak akal yang Allah tempatkan dalam jasad kita di tempat yang betul. Sekiranya tidak, ia dikira menzalimi hak diri sendiri.
Jadilah manusia yang betul-betul menggunakan akalnya. Jadilah hamba Allah yang menghayati konsep kenapa dirinya diciptakan. Semoga kita sentiasa berada dalam hidayah Allah.

Pesanan untuk sahabat-sahabat dan diri sendiri. Jari jemari yang menaip ni lebih banyak perkiraan nanti. Semoga perkiraan itu pada bahagian yang baik.

Comments

Popular posts from this blog

Doa Masuk dan Keluar Tandas

Lampu jalan.