Ramadhan datang lagi.

Selamat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan yang mulia ini. Di samping mempertingkatkan amal ibadah yang lain. Beramallah seperti ini adalah Ramadhan yang terakhir buat kita. Sama-sama kita istiqomah dengan amalan yang kita lakukan setelah habisnya bulan yang mulia ini. Hayati juga kisah-kisah perjuangan Nabi Muhammad S.A.W. dan sahabat-sahabat ketika berada di bulan Ramadhan. Semoga ianya membangkitkan semangat kita untuk menjadi hamba Allah yang muttaqin. InsyaAllah. 

Ya Allah, di bulan yang mulia ini, hamba yang lemah ini ingin memohon keampunan kepada-Mu. Banyak dosa yang telah hamba lakukan. Ampunilah dosa-dosaku yang aku sedari atau tidak, yang sengaja atau tidak sengaja. Ampunilah dosa-dosa kedua-dua ibu dan bapaku, guru-guruku, adik-adikku, sahabat-sahabatku dan umat Islam seluruhnya. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun. Semoga Ramadhan pada tahun ini menjadikan kami hamba-hambaMu lebih tunduk kepada-Mu, lebih menghayati ayat-ayatMu. Kuatkanlah kami untuk beribadat kepada-Mu. Ameeennn...

Popular posts from this blog

Lampu jalan.

Meniup wisel