Posts

Showing posts from December, 2010

H.I.P.O.K.R.I.T.???

Assalamualaikum... cerkon (cerita kontot) ini aku karang untuk tukar cara penyampaian. Harap2 la dapat difahami. Harap maaf segala kekurangan. Silalah santap minda dan hati anda. “Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam kerana masih memberi peluang untuk aku menghirup udara yang segar pada pagi ini. Ya Allah, banyaknya nikmat yang Engkau berikan kepadaku.” Najihah mencapai tuala yang bergayut di birai katil setelah dibangkitkan kembali daripada tidur yang lena malam tadi. Seperti kebiasaan, Najihah bersiap-siap untuk menunaikan solat subuh. Pagi yang redup itu diisi dengan bacaan Al-Ma’thurat yang indah. Subhanallah! Sungguh indah nama-nama Allah. Hanya orang yang khusyuk sahaja menikmati keindahan itu. Kini Najihah bersiap-siap untuk ke kuliah. Sebagai mahasisiwi muslimah dia perlu menjalankan tanggungjawabnya membawa nama Islam dengan baik. Perkara yang paling penting ialah dengan penampilan dirinya. Penampilan diri menunjukkan jati diri seseorang. Bagaimana jika ses

Tahniah!

بسم الله الرحمن الرحيم Alhamdulillah, semalam keputusan PMR telah keluar. Setelah pelbagai usaha yang dilakukan oleh adik aku, Hanan, akhirnya dia memperoleh keputusan yang cemerlang. Walaubagaimanapun, kamu perlu teruskan lagi usaha untuk perjalanan yang  masih panjang. Tetaplah kamu bersyukur dalam apa jua keadaan.  

Solat Itu Penting!

Image
… بسم الله الرحمن الرحيم Alhamdulillah, kerana masih lagi diberi nikmat yang tak terhitung banyaknya. Sejak kebelakangan ni sibuk mengemas rumah. Tak sempat nak mencoretkan ayat-ayat chenta kat halaman blog ni. Sudah naik lalang agaknye. Akhirnya aku sekeluarga dah mendiami rumah yang sekian lama sepatutnya didiami yang nyaris2 terbengkalai, tapi diselamatkan oleh kami sendiri. Huu…Sodeh bebona cito eh. Tak pe la kita teruskan kepada tajuk utama. SOLAT. Waktu maghrib tadi ayah aku ajak aku n adik2 aku ke surau yang berjauhan. Kata ayah ada orang mengajar. Maksudnya berkongsikan ilmu di dada. Bahasa orang kat Kelantan ni kot panggil mengajar. Aku n dua orang adik aku ni pun ikut la. Selesai menunaikan solat maghrib, al-Fadhil ustaz menyampaikan tajuk yang hari2 kita lakukan dan ianya amat penting. SOLAT. Ya! Memang solat sangat penting. Dalam kehidupan seharian kita, solat merupakan kunci kejayaan bagi sesiapa yang menunaikan dengan khusyuk dan tawadhuk. Seseorang bertanyakan ke

Salam Maal Hijrah 1432

بسم الله الرحمن الرحيم Alhamdulillah, sudah hari kedua di dalam bulan Muharam ni. Pada tahun baru Hijriah ni, apa agaknya azam kita ya? Masihkah mahu meneruskan azam yang tak kesampaian pada tahun lepas? Atau mencipta azam baru? Terpulanglah pada masing-masing yang punyai cita-cita berbeza. Diri sendiri yang menentukan cita-citanya. Tidak kurang juga dengan diri ini. Setiap tahun perlukan peningkatan dalam diri.  InsyaAllah, perbaiki diri dari semasa ke semasa. Walaupun azam yang dicipta setiap tahun ada yang tidak kesampaian, tidak perlu putus asa untuk mencapainya pada masa akan datang. Mungkin belum ada rezeki dalam masa yang terdekat ini. Sebagai hamba yang lemah, perlulah diingatkan supaya redha dengan setiap ketentuan-Nya. Setiap tindak tanduk kita, tutur kata kita akan dihisab. Walaupun seberat zarah. Subhanallah. Jadilah hamba-Nya yang sentiasa bersyukur dengan nikmat-nikmat yang dikurniakan Allah S.W.T.  Tidak terhitung banyaknya nikmat yang Allah kurinakan kepada

UTM dari kaca mataku.

Image
Desiran angin, yang bertiup Di bawa bersama khabaran rindu Membisikan kata-kata Menjelmakan cintaku pada-Nya Ku titipkan kata-kata ini buat warga SMKPT yang sudah sekian lama aku tinggalkan. Sudah hampir dua tahun aku meninggalkan bangku sekolah. Kini aku telah menjejakkan kaki ke universiti di mana sebuah kehidupan sebenar yang dicari-cari oleh remaja merangkap pelajar tegar ini. Mana mungkin aku lupakan segala kenangan di sekolah dahulu. Setiap kenangan itu mempunyai makna tersendiri. Bagaimana agaknya khabar sahabat-sahabat seperjuangan yang lain? Adakah mereka masih mengingati kenangan dahulu? Atau sudah ditenggelami oleh kehangatan zaman yang mereka tunggu ini? Memang tidak dapat dinafikan, apabila sudah berjauhan dengan keluarga, kita akan berasa bebas untuk melakukan apa-apa sahaja. Tanpa ada sesiapa untuk menegur. Begitu juga aku. Aku bebas melakukan apa sahaja tanpa halangan. Bebas melakukan apa sahaja? Itu bukan bermakna dunia ini kita yang punya. Kita mas