Apa yang penting... kerjasama!

Bismillah... Bulan Ramadhan yang mulia bakal meninggalkan kita beberapa hari lagi. Adik-beradik, saudara-mara semuanya akan pulang ke kampung masing-masing. 

Adik-adikku semuanya sudah berada di rumah. Opss..ada lagi sorang tak balik lagi. Ya...bakal bergegarlah rumah ni. Hari ni satu gotong-royong telah dijalankan dan di arahkan oleh kak long mereka sendiri. Huh, kak long yang menggunakan kuasa veto sepenuhnya. Hemm...bila lagi nak guna. Ni la masanya. Haha. 

Pembahagian tugas diberikan secara adil dan saksama. Mengikut kudrat dan saiz tubuh masing-masing. Ada yang sapu sampah, jemur kain, cuci longkang, cuci almari, buat kuih raya (ni kira gotong royong ke?) dan sapu sampah. Mak dan ayah menyerahkan sepenuh kuasa kepada kak long sambil meninggalkan pesanan berupa tugasan-tugasan seperti di atas. Bagi la chance mak dan ayah nak gi dating. Hehe.

Di bulan Ramadhan yang berbaki kurang tiga hari ni, sama-samalah kita memperhebatkan lagi amal ibadah untuk mengejar lailatul qadar. Apabila bulan Ramadhan sudah meninggalkan kita, janganlah kita tinggalkan bersama-sama amal ibadah tersebut. Semoga kita tetap istiqomah. Tarbiyah hebat, rohani kuat, fizikal sihat. ;)


Thank you my bros and sis... Kerjasama anda amat dihargai. =)

Popular posts from this blog

Lampu jalan.