Posts

Showing posts from December, 2015

Bicara bisu tanpa gula

Bicara bisu Lidah Senjata tajam yang mampu menikam hati manusia Baik mahupun buruklah nilaian tusukan itu Bak kata orang Inggeris "Speak is silver, silent is gold" Bila diam membungkam dikatakan emas dalam mulut Bicara apakah yang mahu dituturkan andai topiknya sia-sia Daripada mengeji, mengumpat, mencela Lebih baik mulut ini tertutup membisu Jangan mendiamkan diri tidak bertempat Jika ada yang inginkan nasihat silalah beri Sedaya upaya Hati ibu bapa boleh terluka dengan cemuhan anak Hati anak boleh terluka dengan sindiran ayah bonda Hati isteri terluka sindiran suami Hati suami terluka sindiran isteri Bagaimana mahu rumahtangga yang harmoni? Yang menegur berbudi bahasa Yang ditegur berlapang dada