Posts

Showing posts from April, 2013

Di mana aku di saat ummat tenat?

Image
Sakit betul ujian. Ye.. sabarlah Sakinah, ujian itu untuk Allah tengok sejauh mana kesabaran kamu untuk tempuhi ujian tu. Anda yang minta sendiri kan? (Emm..Angguk kepala) Alhamdulillah, setelah keluar daripada keperitan rohani yang sakit, aku seperti pulih kembali daripada sakit yang tenat. Allah, sakit sangat. Sakit ni lebih sakit daripada demam sekarang ni. Hanya Allah je tahu. Keperluan untuk muhasabah diri setiap malam. Itu satu amalan yang seharusnya dilakukan bagi menilai diri  apa yang telah kita lakukan seharian. Memang tak terhitung dosa-dosa yang terkumpul. Bertaubatlah segera. Hidayah Allah untuk hamba-Nya memang tak terjangka. Sayang-Nya pada hamba ini memberikan lagi ruang untuk bertaubat. Ayuh, kembali semula kepada mood  perjuangan! Inilah hidupku. Aku ingin berjuang sehingga ke titisan darah terakhir. Aku ingin merasakan pahitnya perjuangan kerana dicaci maki. Aku ingin merasakan manisnya perjuangan di saat melihat kemenangan pejuang Islam. Aku ingin ber

Peritnya sakit ini

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. Sakitnya roh ini apabila sudah lama tidak diberi makanan. Sakitnya roh ini apabila sudah lama tidak pergi ke kuliah ilmu. Sakitnya hanya Allah yang tahu. Aku memohon keampunan daripada-Mu Ya Rabb. Aku memohon dikuatkan hati ini menempuhi ujian ini. Benarlah jika tiada kekuatan cinta terhadapmu, Dirasakan kaku seluruh tubuh. Dirasakan hati ini seakan-akan tidak bernyawa. Jiwa yang gersang amat sukar untuk dihidupkan, Hati yang kotor mudah sekali lalai dengan perkara-perkara duniawi, Infaq yang kurang membuatkan diri sentiasa sombong, Hapuskanlah kekikiran daripada diri ini. Manusia memang sentiasa lalai, Manusia memang sentiasa sombong, Manusia memang sentiasa khilaf, Manusia memang begitu. Ya Allah, setiap doa yang aku pohon daripada-Mu memang sentiasa diuji, Sejauh mana aku menempuhi ujian permintaanku itu, Kau uji jua. Di minta kuatkan iman, Kau uji, Di minta kuatkan ika

Ini jalanku

Image
"Emak, kakak tak balik cuti ni. Minta maaf ye. Kakak ada tanggungjawab besar yang kena selesaikan di sini." Beritahuku. "Tak pelah, mak faham. Jaga diri elok-elok. Jaga solat tu. Nanti apa-apa hal bagitahu lah ye." Emak yang penyayang. Emak yang prihatin. Tidak pernah lupa memberi peringatan.  Walaupun acapkali diucapkan setiap kali rindukan suaranya, aku tidak pernah jemu. Kalau boleh hari-hari ingin berdamping dengan pemilik suara itu. Tetapi apakan daya, tuntutan  menuntut ilmu lebih daripada segala-galanya. Itulah pesanan keramat yang menjadi sumber kekuatanku. Biar aku berkorban susahnya menuntut ilmu daripada susahnya bodoh akibat tidak menuntut ilmu. Suasana sepi. "Kenapa tak balik lagi?" Aliya menyoalku. Tersedar dari lamunan, aku memalingkan badanku menghadap Aliya yang berdiri di belakangku. "Subhanallah, cantikkan pemandangan petang ni? Allah jadikan alam ini untuk mata kita nikmati keindahannya." Aku mengubah tajuk.