Posts

Showing posts from October, 2010

Nawaitu....

Antara Niat Dan Manis Bicara   Satukan Di Dalam Satu Denyutan   Di Mana Jiwamu Pasti Bahagia   Kembali Bersemi Insani   Lafazlah Setulus Hati Nurani   Bukakan Maksud Tersimpan Di Hati   Biarpun Pedih Menyeksa Naluri   Nawaitu Tuntutan Batin Suci   Usahlah Engkau Selindungkan Bayangmu   Renungi Asal Kejadian Dirimu   Berjalan Tunduk Bukan erti Kau Kalah   Tebarkanlah Serata Jiwa   Usahlah Engkau Persalahkan Kakimu   Andainya Rebah Di Bumi Mu Sendiri   Mungkinkah Ada Kesilapan Semalam   Lafazkanlah Sejujur Hati   Ketulusan Insan sejati   Mencerminkan Budi Pekerti   Kesungguhan Menyingkap Makhfi (Rahsia)   Kebenaran Diri Yang Suci   Hanya Jiwa Tulus Mengerti   Kemanisan Nawaitu Hati   Ketenangan Dalam Mencari   Keredhaan DariMu Tuhan...Ku Rabbani............

Hati...hati...hati...

Image
Hati? Siapa ada hati? Dalam hati ada apa? Kenapa rasa susah hati? Kenapa rasa senang hati? Semuanya dari hati. Kalau hati baik, baik lah orang tu. Kalau buruk? Buruk la kot?  Emm...tanya la hati... Hati, hati... Kau rasa senang tak sekarang? Warna kau sekarang warna apa? Merah lagi ke? Atau dah ada tompok-tompok hitam? Atau dah habis hitam? Macam mana nak tukar warna semula? Hitam nak tukar jadi merah? Macam susah je... Nak cat ke? Minum air sirap banyak-banyak? Cam tu? Hai lah hati, Bertuah kau berada dalam tubuh,  Yang tahu menggunakan dan menghargai kau. Kemudian kau pandu tubuh tu ke arah yang betul. Arah yang betul? Arah mana? Utara? Selatan? Timur? Barat? Bukan arah tu la... Kita ada Allah. Ke arah-Nya sajalah kita tuju. Kepada-Nya sajalah tempat kita mengadu. Kau faham tak hati? Kau diciptakan untuk memahami perintah Allah. Tinggalkan larangannya. Faham...faham...dan faham... Fikir b

Share skit.....

Image
Devotees... Sesi autograf..... Azhan Atan... Berhibur sambil beramal.. Mengingati kita semua kesusahan orang lain... Ya ALLAH Rahmatilah beliau... FarEast Sedikit sebanyak perkongsian tentang  Tarannum... Subhanallah.... Menarik dan betapa indahnya Islam... Terbaikkkkk!!!!

Mari beramai-ramai

Image
J om pergi DSI tengok konsert nasyid... Emm.... Tak sabar nak dengar saat lafaz sakinah... Heningnya Sunyi suasana Lafaz sakinah bermula Apa rasa Diterjemah hanya Sebak abah tangis ibunda Adalah aku wali puteriku Serah kini amanahku ini padamu Nafkahilah dia curah kasih dan cinta Lebih dari yang ku berikan kepadanya Dulu esakannya sandar di bahuku Tangisannya kini ku serah padamu Bukan bermakna dia bukan milikku Fitrahnya perlukanmu Jadikanlah dia wanita syurga Mengerti benar akan maharnya Taat itu bukan hanya pada nama Indah ia pada maksudnya Ku akur Akan pesanmu Puterimu kini amanahku Iringilah Dengan doamu Bahagia kami dari redhamu

Peranan manusia

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah, Maha Penyayang. Alhamdulillah...Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi. Aku masih lagi dapat mencapai laptop ni..Dengan nikmat yg diberikan oleh Allah, dapatlah kiranya aku berkongsi serba sedikit ilmu yg tersemat di dada ni. Selain berkongsi kena la amalkan. Bukan cakap je." Ilmu tanpa amal, ibarat pohon tanpa buah." Jadi, sebagai hamba Allah, di mana Allah berfirman; "Tidak aku ciptakan jin dan manusia, melainkan untuk beribadah kepada-Ku." (Az-Zariyat:56) Hendaklah mentaati perintah Allah. Segala arahan Allah hendaklah dituruti. Wajib ke atas kita mentaati semua perintah-nya. Takkanlah arahan manusia kita boleh ikut, arahan Allah yang mencipta kita dan boleh saja menarik balik segala nikmat & nyawa kita bila-bila masa, kita tak mahu patuhi. Fikir-fikirkan kembali. Peranan yg paling penting bagi kita untuk menegakkan syiar Islam adalah sebagai da'ie. Setiap hamba Allah digalaskan tugas menyeru ke ar

Ujian lagi.....

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. Allahu Akbar. Ujian lagi... Apa yang aku alami sekarang mungkin tak seteruk ujian bagi saudara-saudaraku di Palestin. Ujian bagi aku untuk memilih. Sesungguhnya Engkau tahu Ya Allah, aku tidak suka memilih. Tetapi Kau berikan ujian ini untuk menguji hamba-Mu ini. Sesungguhnya Engkau mahu menilai kesabaranku. Mahu menilai diriku sejauh mana aku mampu memikul ujian-Mu ini. Aku percaya Kau tak akan membebani hamba-Mu ini melebihi kemampuannya. Apa-apa yang kau berikan ini pasti ada hikmahnya. Sekarang ni aku masih lagi perlu memilih. Dalam keadaan terpaksa atau rela? Aku kena pentingkan siapa? Diri aku? Sahabat-sahabat aku? Dalam perjuangan di jalan-Mu ini ada halangannya. Aku boleh mempengaruhi siap? Maksud aku, siapa boleh aku bawa bersama-sama aku berjuan atas jalan-Mu? Kenapa aku sahaja yang perlu fahami hati orang lain? Siapa yang faham hati aku? Ternyata hanya Engkau Ya Allah. Oleh itu, berikanlah aku petunjuk agar aku