Posts

Showing posts from February, 2012

Pilih

Image
Bila diri diuji untuk memilih. Sesungguhnya memilih itu sangat sukar bagi diriku. Manakan tidak, barang yang kita tidak tahu masa hadapannya bagaimana. Baik atau buruk kesudahannya. Tetapi, alasan tidak tahu masa hadapan itu bukanlah satu penyelesaian untuk tidak memilih. Perlu adanya istikharah. Mengadu pada Yang Maha Kuasa. Allah yang menurunkan ujian ini. Dia sahaja yang tahu bagaimana hamba-Nya mencari solusi. Ujian itu tidak akan diturunkan di luar kemampuan seseorang. Pasti ada jalan untuk menyelesaikan. Sudah banyak kali rasanya dicoretkan dalam ruangan ini. Perbincangan dengan orang yang dapat memahami situasi kita merupakan salah satu bentuk istikharah. Buatlah perbincangan dengan orang yang kita percayai. Mintalah pendapat daripada orang yang kita percayai itu. Boleh jadi itu adalah salah satu cara Allah ingin menunjukkan kepada kita jalan penyelesaian. Usaha perlu ada.  "Kupu-kupu tidak pernah tahu warna sayapnya tetapi orang tahu betapa indahnya ia. Ia j

Menikmati nikmat Allah.

بسم الله الرحمن الرحيم Alhamdulillah atas segala nikmat. Allah sahajalah yang berkuasa atas segala sesuatu. Atas rahmat-Nya membenarkan hamba yang lemah ini mencoret berpatah-patah kata. Selawat dan salam ke atas Rasul junjungan Nabi Muhammad S.A.W. dan ahli keluarga serta sahabat-sahabat baginda. Syukur ada mata. Syukur ada telinga. Syukur ada kaki. Syukur ada tangan. Syukur ada hidung. Syukur ada mulut. Syukur ada otak. Syukur ada anggota badan yang sempurna. Alhamdulillah atas segala nikmat ini. Bagaimana kita menghargai kurniaan ni? Berapakah harga yang Allah letakkan untuk kita mensyukuri nikmat ini? Ada  bil? Subhanallah. Allah Maha Pemurah. Lalu, kita sebagai hamba yang lemah ini, sepatutnya, sewajarnya, dan sewajibnya mensyukuri nikmat Allah. Bagaimana? Apalah gunanya mata jika melihat perkara-perkara maksiat? Bukankah sudah diarahkan untuk tunduk? Jagalah pandangan wahai muslimin dan muslimat. Namun, jika terlihat maksiat, tidak wajar pula jika ia dibiarkan. Di ma

Seronoknya ada pengalaman

Image
Dengan Nama Allah... Alhamdulillah, dapat lagi merasai nikmat Allah yang Maha banyak ni. Tak terhitung. Cuti semester yang ...yang ape ye....hemm...macam biasa la..duduk rumah je. Time aku cuti, adik-adik aku pergi sekolah. Time adik-adik aku cuti sekolah, aku ada kat U pulak. Bila la nak cuti panjang sama-sama... Nasib baik la ada buku-buku yang nak ngadap. Kawan dengan buku la nampaknya. Buku 4 Pemimpin Ajaib tulisan Umar Hafiz menjadi teman sebelum tidur. Ayat-ayatnya yang mudah difahami menambahkan lagi keseronokan membacanya.=) Kisah 4 pemimpin yang sangat hebat ini, Saidina Abu Bakar As-Siddiq R.A., Saidina 'Umar Al-Khattab R.A., Saidina 'Usman bin Affan R.A., dan Saidina 'Ali Bin Abu Talib Karamallahuwajhah boleh dijadikan panduan, iktibar dan sifat-sifat peribadi mereka boleh juga dicontohi. Saidina Abu Bakar As-Siddiq merupakan sahabat Rasulullah S.A.W. yang sangat karib, rapat dan setia. Beliau merupaka sahabat nabi yang terawal memeluk Islam.