Kenapa jadi cam ni?

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, atas nikmat yang masih Allah bagi pada hambanya yang lemah ini. Lama kiranya hamba meninggalkan laman yang banyak sawang ni. :P...

Tetibe je rase terkilan dan sakit jugak la hati ni, bila tengok kawan-kawan yang obses sangat meletakkan gambar yang tak menutup aurat di laman muka buka dorang. Kalau setakat dorang je yang tengok xpe. Bila sampai je mata empat ni tengok, panas sangat...Huuu...(amik wudhuk sat). Nak sedap lagi, tengok komen kawan lelaki dorang. Tu yang dimahukan sebenarnya kan. Puji-memuji bagai. Allah, bagi hidayah pada kawan2 aku ni.

Mana letakknya rasa malu yang Allah campakkan dalam diri seorang wanita? Sebagai seorang muslimah, hamba nak menegur sahabat2, rakan taulan, n kawan2 yang hamba sayangi kerana Allah, tolong la jangan letak gambar tanpa menutup aurat dengan sempurna. Macam ni je la kuasa yang ada pada hamba. Menulis kat blog yang sepi ni. Terbaca tu nasib, ambillah sebagai nasihat yang amat berguna. Harap sangat dapat memahami kenapa kita kena tutup aurat. Nak tulis dalil yang panjang, tak terbaca pulak nanti. Silalah buka surah An-Nur ayat 31, Al-Ahzab ayat 59. Tadabbur ayat tu.

Muhasabah balik jika kita ni hamba Allah, dan layak ke menetap di bumi-Nya ni?
Semoga bermanfaat.Wallahua'lam.
~ketenangaN~
_________________________ I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://e.exps.me

Comments

  1. assalam'alaik..

    ya Allah, mudahan Allah memberi mereka petunjuk sepertimana, kita diberi petunjuk dan moga allah kekalkan hidayah ini bersama kita..ameen..
    mabruk sakinah~

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Doa Masuk dan Keluar Tandas

Lampu jalan.