Bangunlah, jangan lemah!

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah atas nikmat dan peluang yang diberikan kepada aku untuk mencoret di ruangan ini. Semuanya dengan izin Allah S.W.T. 

Dalam hidup ini tak semua perkara kita suka. Tak semua perkara kita tak suka. Perkara yang kita tak suka tu tak semestinya tak baik untuk kita, dan perkara yang kita suka tu tak semestinya baik untuk kita. 

"Tetapi, boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah, 2:216)

Subhanallah. Allah dah bagi tahu akan keadaan kita. Kadang-kadang kita ni selalu mengeluh. Kenapa la banyak sangat masalah? Kenapa la kawan aku macam ni? Kenapa la itu, ini. Macam-macam lagi la. Tapi, pernah ke kita fikir, kenapa semua benda ni jadi pada aku? Pernah ke kita cuba tenangkan hati kita, dengan bersangka baik atas setiap kejadian yang berlaku pada diri kita? 

Allah tak jadikan setiap perkara tu sia-sia. Allah tak akan membebankan seseorang di luar kemampuan dirinya sendiri. Beruntungnya kita berada sebagai ummat Nabi Muhammad S.A.W.(اللهم صلى على سيدنا محمد). Ujian yang ditimpakan ke atas kita tidak seberat ujian yang Allah timpakan kepada ummat nabi-nabi sebelum Nabi Muhammad. Imbas kembali sejarah ummat nabi Lut, Nabi Nuh dan nabi-nabi yang lain. Bagaimana mereka diazab? 

Marilah sama-sama kita lihat ummat pada hari ini. Sejauh mana mereka kembali pada Pencipta-nya? Sejauh mana tahap pengabdian diri kepada Al-Khaliq (Yang Maha Mencipta). Muhasabah semula diri sendiri. Apa matlamat hidup kita? Apa sumbangan yang telah kita berikan kepada Islam? Bagaimana nak ajak ummat yang berada disekeliling kita terutama sekali, untuk kembali menghambakan diri kepada Allah? Semua itu bermula dari diri kita sendiri. Hakikat hidup manusia, setiap detik adalah tarbiyah. Banyak persoalan di sini. Anda punyai jawapan itu sendiri.

**Ambillah iktibar daripada sejarah yang diceritakan dalam Surat Cinta Agung yakni Al-Quran. Tadabburlah ayat-ayatnya. InsyaAllah ketenangan jiwa diperolehi dari situ. 

Hidup ni mesti TENANG. =)




Popular posts from this blog

Lampu jalan.

Meniup wisel