Sakinah...Muhasabah diri anda...

Dimulakan dengan nama Allah...

Allahu Akbar!
seorang insan yang bernama di atas...
sila pastikan anda sentiasa muhasabah diri anda...
Mutabaah amal...
Sila jaga...
Dilarang sama sekali untuk membuang masa...
Masa yang telah berlalu tak akan dapat diundur kembali...

Muhasabah diri anda...
Selama anda menjadi manusia yang serba kerdil dan lemah,
janganlah bersifat riak, takbur, sombong, ujub, dan segala macam sifat mazmumah yang tercela tu...
sila hindarkan daripada sekalian sifat itu...
Jauhi maksiat...

Ingat dan yakinlah bahawa dengan Allah sahaja tempat mohon pertolongan, perlindungan...
Hanya Allah...

Bersyukur pada Allah di setiap waktu..
helaan nafas Allah kurniakan tu bukan boleh beli kat mana-mana...
Allah bagi percuma lagi tu...
Nak bayar balik?
Jangan berangan la...
seluruh isi alam ni x mampu nak bayar balik...
Alhamdulillah..Alhamdulillah...Alhamdulilah...

Urusan dengan manusia...
Sila pastikan hubungan baik anda sesama manusia...
Bersangka baik terhadap mereka...
Mungkin kelemahan mereka disebabkan oleh diri anda sendiri...
Yang paling penting restu, doa mak dan ayah...
tak de mak ayh,,xde la anda di dunia fana ni...
Bersyukur lagi,,dan lagi...

Insan yang memberi, menyampaikan ilmu..
Tak kira lah siapa pun orang tu...
Malah budak kecil sekali pun...
Apatah lagi orang dewasa yang banyak pengalaman hidup...
ilmu yang berbeza-beza daripada orang yang berbeza....
Hormati mereka...jika  ingin diri sendiri dihormati...

Sahabat2 sebagai cermin diri...
Sahabat yang berupaya menegur kesilapan diri...
Jika anda sayangkan sahabat anda,
maka tegurlah mereka dengan hikmah...
Apa ertinya bersahabat jika..
sahabat melakukan kesalahan, tidak ditegur...
Bersahabatlah seperti sahabat-sahabat Rasulullah S.A.W. (sila selawat ke atas junjungan baginda...)

Subhanallah...
Perhatikanlah alam ciptaan Allah ini...
Banyak hikmah yang tersembunyi...
Ada sebab2 mengapa Allah  jadikan sesuatu begini dan begini...
Terokailah alam ini...
Lihatlah insan disekeliling..
Ada yang tidak berupaya mendapatkan makan yang sama seperti anda makan...
Ada yang berupaya, bahkan lebih daripada anda makan...
Bersyukur lagi...dan makan, minum dan pakailah secukupnya...
Jangan berlebih-lebih...

Sabar menghadapi sebarang ujian..
Kesenangan...ujian...
Kesusahan...ujian...
Cukup makan...ujian...
kurang makan...ujian...
Semuanya ujian...
Pandai2 lah guna supaya ianya menjadi satu nikmat...
Supaya bertambah lagi sifat kehambaan dalam diri tu....

[Anda=Sakinah=KetenangaN~...]


Comments

Popular posts from this blog

Doa Masuk dan Keluar Tandas

Lampu jalan.