Syukur... lagi dan lagi...

Dengan nama Allah...

Subhanallah, Alhamdulillah hidup lagi hamba pada hari aku mencoret coretan ini.
Tiada yang dapat aku katakan selain kalimat kesyukuran kerana masih lagi berada dalam nikmat yang paling besar iaitu nikmat Islam dan Iman. 
Semuanya atas hidayah yang Allah berikan kepada hamba-Nya yang Dia kehendaki. Bertuahnya kerana terpilih. 
Walaupun terasa diri tidak sempurna, akan aku cuba untuk menjadi hamba yang terbaik. InsyaALLAH. 
Walau bagaimanapun, ujian tetap tidak pernah lari dari hidup ini. 
Rehat? 
Tiada makna rehat selagi nyawa dikandung badan.

Allahu Rabbi...
Hamba bermohon kepada-Mu,
Ampunilah dosa-dosaku,
Ampunilah dosa kedua-dua ibu bapaku,
Ampunilah dosa orang yang telah memberi ilmu kepadaku,
Ampunilah dosa sahabat-sahabat seperjuanganku,
Ampunilah dosa adik-adikku,
Ampunilah dosa ahli keluargaku yang lain,
Ampunilah dosa muslimin, muslimat 
yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.


~Bimbang menjadi hamba yang tidak bersyukur~

Comments

Popular posts from this blog

Doa Masuk dan Keluar Tandas

Lampu jalan.