Di Usia Ini.

بسم الله الرحمن الحيم

Alhamdulillah atas segala nikmat. Di usia ini aku masih dapat merasai kasih sayang emak dan ayah. Di usia ini, aku masih dapat melanjutkan pelajaran. Di usia ini makan, pakai, dan segala kemudahan cukup tersedia. Apa lagi yang aku dapat di usia ini?

Bagaimana saudara-saudara seIslamku di negara lain? Palestin, Afrika, Afghanistan, dan mana-mana lagi. Bagaimanakah keadaan mereka diusia ini? Dapatkah mereka merasai nikmat yang aku rasakan sekarang? Bagaimana pula saudara seIslamku di negara ini? Apa beza saudaraku di negaraku tercinta dan di luar negara?

Sepanjang pemerhatianku mereka dapat berhibur, membeli belah, bersukan, menonton televisyen, melayari internet, dan macam-macam lagi aktiviti yang dapat mereka lakukan. Itu di negaraku tercinta. Di negara luar? Perang, rusuhan, pembunuhan, penindasan terhadap wanita dan kanak-kanak.

Seharusnya rakyat negaraku tercinta bersyukur dengan nikmat yang ada. Lebih senang daripada susah. Tetapi, di usia ini ramai rakyat negaraku tercinta hanya tahu bersuka ria. Bersenang-lenang, tipu-menipu, rempit-merempit, bersosial tak tentu hala. Haish...tak tahulah apa lagi program mereka di usia ini. Rakyat negaraku tercinta ni memang banyak programnya.

Rakyat negaraku tercinta di usia itu apa pula ceritanya? Program apa yang mereka rangka? Seronok je tengok. Korupsi. Game apa tu? Emm...entahla. Usia dah semakin lanjut. Kubur kata mari, rumah kata pergi. Nak sumbangkan apa pada Islam. Mana janji dengan Allah. Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku kerana Allah Tuhan Sekalian Alam. Setiap kali nak solat baca ayat ni. Ke tak solat. Wallahua'lam.

Sebagai hamba yang kerdil lagi lemah ni, hanya mampu membenci. Nak tegur tiada kuasa. Nak nasihat jauh. Lemah lagi iman ni. Walaubagaimanapun, selagi nyawa dikandung badan usaha menghapuskan kezaliman, mencegah kemungkaran dan menyeru kebaikan perlu ada. Every Muslims should have these senses.

Semoga diberi kekuatan untuk terus berjihad dan istiqomah berjuang di jalan-Nya. Ya Allah, permudahkan segala urusan umat Islam. Semoga Allah permudahkan urusan pejuang-pejuang yang bertungkus-lumus menegakkan kalimah لا له ﺇﻻ الله محمد رسول الله.

Hargailah setiap saat usia anda. Semoga setiap detiknya diredhai Allah.

InsyaAllah, janji Allah itu benar.

 ~Sakinah~



Comments

  1. walaupun dh wish, nak wish jugak sekali lagi..hehe

    SANAH HELWAH sahabatku..Alhamdulillah di usia ini kita masih bisa melebarkan jaringan ukhwah lillahi taala..Semoga 'cahaya ketenangan' sentiasa dipayungi rahmat kasih sayangNya dan sentiasa di bawah pemeliharaan al-Wadud..uhibbu^__^

    ReplyDelete
  2. setuju dgn awak..mmg akidah di ngr kita sgt bermasalah~

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Doa Masuk dan Keluar Tandas

Lampu jalan.