Oh Tanah Airku!

بسم الله الرحمن الرحيم

 Alhamdulillah, segala puji bagi Allah. Selawat dan salam atas junjungan Rasulullah S.A.W dan sahabat-sahabat baginda.

  Malaysia tanah airku. Emm...Apa dah jadi ye? Sekadar mengutarakan pandangan dari sudut hati, hamba yang kecil ini. Menerima segala kebaikan meninggalkan segala kemungkaran. 

 Maha Suci Allah yang memerintahkan hamba-Nya menyeru ke arah kebaikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan meninggalkan kemungkaran. Kenapa? Kerana habuannya ialah ia akan berjaya.

 Bagaimana negara tercintaku ini? Rakyat di dalamnya? Telitikah maksud ayat ini? Pemimpinnya, fahamkah ayat ini? Jangan dikata ingin memperjuangkan Islam, dan berada betul di landasan yang benar jika ayat ini tidak difahami sebetul-betulnya. 

 Berjayakah jika di dalam institusi kekeluargaan sendiri masih belum mengikut undang-undang Allah? Berhakkah untuk memerintah negara? Banyak persoalan yang timbul di fikiran ini.

 Seharusnya contoh kepimpinan yang terbaik adalah Rasulullah S.A.W. Ambillah Al-Quran dan sunnah sebagai panduan. Tinggalkan segala kemungkaran. Islam amat mudah.

~Wallahua'lam~ 

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Doa Masuk dan Keluar Tandas

Lampu jalan.