Setelah 4 bulan.

Dengan Nama Allah...
Alhamdulillah...Segala puji bagi-Nya yang masih lagi membenarkan aku bernafas & menikmati alam ciptaannya. Subhanallah, hidup di Bumi Allah ini berbagai-bagai cabarannya. Cabaran itu aku lalui dengan pelbagai penyelesaian dengan menggunakan akal fikiran yang waras. Allahu Akbar, hanya Allah yang tahu kecil, besar dan hebat tak hebatnya dugaan itu. Sesekali aku berfikir sendirian, mampukah aku mengahrungi dugaan yang lebih besar lagi. Namun aku percaya dengan takdir Allah. Dia tidak akan membebani hamba-Nya diluar kemampuan hamba-Nya. Subhanallah. Allah Maha Mengetahui di mana kelemahan dan kekuatan hamba-Nya. Masakan tidak, Dialah yang menciptakan segala makhluk di alam ini.


Serba sedikit aku nak berkongsi pengalaman yang telah aku timba dari Universiti Teknologi Malaysia yang tercinta ini. Mengapa aku berkata demikian? Suka aku menamakan universiti ini sebagai Universiti Tarbiah Manusia. Manis bukan? Pelbagai pengalaman yang aku alami, harungi dan tempuhi sepanjang berada di perantauan ini. Al -maklumla jauh dari rumah. Dari Kelantan ke Johor ni 12 jam perjalanan. Mahu lenguh satu badan. Alhamdulillah, sepanjang perjalanan dari Kelantan ke Johor, dari Johor ke Kelantan, aku dapat lihat cara hidup masyarakat Johor ni. Mereka amat sibuk dan rajin bekerja. Ini setakat apa yang aku perhatikan.  Banyak lagi tempat yang aku tak jelajah di Johor ni. Tak pe ada empat tahun lagi. Gunakan dengan sebaiknya.


Di universiti, mesti ramai yang tertanya-tanya. Macam mana la nak survive. Aku pun, sebelum memasuki alam ni pernah juga tertnaya-tanya. Macam mana la aku nak hidup kat sana. Alhamdulillah, bila dah masuk U aku boleh uruskan dengan sebaiknya. Nak cerita dari hari pertama sampai final exam ni, memang tak tercerita la. Share gambar je la ye. Itu pun gambar aku tak de la banyak sangat. Hanya pemandangan yang aku suka dan sangat menarik di mataku ini.





Yang ni serba sedikit tempat-tempat yang aku dapat share. Banyak lagi sebenarnya gambar dalam simpanan aku, tapi lain kali la upload lagi. 
Ok la...
~Wassalam~

Comments

Popular posts from this blog

Doa Masuk dan Keluar Tandas

Lampu jalan.